Jumaat, 11 November 2011

Milik siapa hati ini??

Bismillahirrahmanirrahim dan dengan lafaz syukur ke hadratNya atas kurniaan nikmat sihat dan masa lapang yg d'beri untuk diri ini menulis di teratak asrar qalbi ini..Tidak lupa pada junjungan Nabi Muhammad S.A.W sebagi qudwah hasanah sebagai role model dlm hidup kita..Hati kita ini milik siapa??sudah tentu hati kita milik Sang Pencipta..sebab Dia yg menciptakan manusia itu dengan sempurnanya ...Subhanallah..dengan segala nikmat yg d'beri kita dapat hidup di atas bumi ini lagi..pernah x kita terfikir mengapa kita masih d'beri umur yg panjang untuk hidup di atas bumi ini???

Sesungguhnya hanya Dia yg Maha Mengetahui segala2Nya,..boleh jadi Dia mahu peluang umur yg d'beri untuk kita lebih bertaubat dan saling memberi manfaat pada org lain..apa yg penting dlm hidup ini moga hati2 kita ini sentiasa diberi hidayah dan taufik olehNya..kerna tanpa hidayah tidak akan terlintas di hati kita untuk ke arah kebaikan dan tanpa taufik juga kita tidak mampu untuk melakukan amal ke arah yg lebih baik..Oleh itu,kita sentiasa digalakkan untuk berdoa padaNya agar sentiasa ditetapkan hati kita ini..

Allah pemilik segala hati, seperti doa rasululah ;

يا مقلب القلوب، ثبت قلبي على دينك
(Wahai Tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini atas agamaMu)





Mudah2an Allah sentiasa tetapkan hati2 ini dan thabit untuk sentiasa menggapai redha dan CINTA drNya...Sebab "pangkal lidah adalah hati"..insyallah bilamana kita sentiasa menjaga hati kita,kita akan sentiasa diberi kekuatan untuk m'jaga lidah kita dr percakapan yg sia2..Beralih topik tapi still attach to the topik "hati"..Diri penulis tertarik dengan video nie, hati ini milik siapa??Mudah2an Allah sentiasa beri nikmat pada kita untuk sentiasa mendambakan cinta padanYA, iaitu cinta yg paling hakiki........

milik siapa hati ini??


Jika mereka memilih untuk bertemu
Aku memilih untuk tidak bertemu,

Jika mereka memilih untuk kerap bermesej
Aku memilih untuk tidak bermesej,

Jika mereka memilih untuk saling mengingati
Aku memilih untuk tidak mengingati kamu,

Jika mereka memilih untuk saling merindui
Aku memilih untuk tidak merindui kamu,

Kerana apa pilihanku berbeza dengan mereka?
Kerana kamu belum tentu jadi milikku,

Aku lebih rindukan Pencipta ku
Aku lebih senang bertemu dengan Pelindung ku
Aku lebih suka bermesej dengan Kekasihku dengan hanya berdoa
Aku lebih selesa mengingati Dia yang sering mengingatiku
Aku sayang kamu namun aku lebih sayang Dia
Terima kasih kerana memahami caraku.
(nukilan:Shabab Al-Adin / Shabab Al-Aiman)

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan مَوَدَّةً kasih sayang وَرَحْمَةً dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar Rum:21)

mode : ''Allah tahu apa yang kamu rahsiakan, apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu lakukan''......Allah Maha Mengetahui segala aspek percakapan kita sama ada secara zahir ataupun dalam HATI kita,walaupun kita boleh tipu manusia dengan percakapan kita tapi hakikatnye kita tidak boleh berdusta padaNya..

Isnin, 7 November 2011

Bait-bait indah imam syafie


"Aku menyintai orang-orang soleh, namun aku
bukanlah dari kalangan mereka, semoga dengan cinta ini, aku mendapat syafaat yang dikurniakan kepada mereka, dan aku membenci sesiapa yang perniagaannya adalah maksiat, walaupun kami mempunyai barang dagangan yang sama."

~Imam Syafi'e~

Sabtu, 5 November 2011

salam aidiladha

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ...
مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً
Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
~Salam aidil adha buat muslimin dan muslimat ikhlas dari penulis ak.a asrar qalbi.Mudah2an kita sama2 hayati nilai "pengorbanan" itu sendiri dlm kehidupan seharian kita.Sebagai seorang hamba Allah, ummah nabi, anak yang soleh dan pelajar yg berjaya di dunia dan akhirat, nilai "pengorbanan" itu akan lebih bernilai andai disulami dengan niat yg ikhlas lillahitaala.





Mode : Alhamdulillah berakhir sudah penantian untuk menyiapkan thesis..setelah melalui pelbagai2 "pengorbanan",akhirnya diri penulis berjaya membukukan thesis..mmg benar kata hukama " mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis".kalau nak dapatkan sesuatu yg berharga,kita kena sentiasa mengorbankan sesuatu dengan niat keranaNya juga..~mudah2an Allah permudahkan segala urusan dan dapat grad dengan segulung ijazah pada tahun depan..( rasa gembira kerna x sabar nak grad :p, rasa sedih sebab nak meninggalkan tempat pengajian selama menuntut 4 tahun di um,insyallah ada rezeki boleh sambung belajar lagi)...

Jumaat, 28 Oktober 2011

~CANTIK


"Cabaran utama seorang wanita adalah mahu dilihat cantik. Cabaran utama seorang lelaki adalah mahu melihat yang cantik. Wanita dan lelaki yang berjaya menghadapi cabaran ini akan dibangkitkan dengan CANTIK di akhirat. "
~asrar qalbi~



Isnin, 24 Oktober 2011

Duhai muslimah

Duhai muslimah,
Jika kau inginkan bibir yang menawan,Ucapkanlah kata-kata penuh hikmah diiringi kesantunan,Kelu bicaramu dari umpatan dan benih permusuhan,Sunyi lidahmu dari perkara yang melalaikan dan merosakkan,Basah lidahmu dalam mengalun kalimah Allah.
Duhai muslimah, Jika kau inginkan sepasang mata yang indah,Basahilah ia dengan titisan mengharap redha Tuhanmu,Peliharalah pandanganmu,Dari liar melihat insan yang tidak halal buatmu,Bukakanlah ia demi ilmu dan keredhaannya,
Duhai muslimah, Jika kau inginkan jasad yang baik,Berkongsilah makanan dengan orang yang lapar dahaga,Gerakkanlah ia untuk menyembah bersujud pada Allah.,Bertanggungjawab demi mengharap redha Yang Maha Kuasa,Berjalanlah dirimu dengan ilmu penuh didada tanpa rasa bangga,Dan Tutupi ia dengan pakaian yang bertepatan dengan agama,
Jika kau inginkan tangan yangdiberkati, Syukurilah setiap nikmat yang diberi, Hulurkanlah pertolongen penuh keikhlasan, Agar diri berbekal amalan, Untuk menuju hidup yang berkekalan,
Duhai muslimah solehah, Sesungguhnya,Kecantikan wanita itu ,Bukan pada pakaian yang dikenakan,Bukan juga pada lenggok tubuh yang sengaja dipamerkan,Bukan juga pada solekan yang mengharap perhatian,Tetapi ianya terletak pada kejernihan wajah dan hatinya,Pada kebijaksanaan dan kecerdasan fikirannya,Kecantikan wanita itu bukan pada rupa parasnya,Tetapi pada cahaya dan keikhlasan yang tergambar darinya,
Kehalusan dan ketulusan yang terpancar dari jiwanya,Taqwa dan iman yang menjadi pakaiannya,Syahadah yang menjadi perhiasannya,Kelembutan dan pendirian yang menjadi perisainya,Membentenginya,Dari godaan nafsu dunia,Kerana dia wanita tulus,Yang mengharap cinta dan kasih dari Tuhannya,Dan hanya insan ‘khair’ yang bijaksana,Celik minda juga hatinya,Mampu menilai dan mentafsirkan,Permata dicelahan kaca yang berkilauan..



( Indahnya s'orang wanita itu jika dia sentiasa memelihara dirinya,Ya Allah kurniakanlah daku sifat2 serikandi yg terpuji seperti Aisyah, Rabiatul adawiyah, Asiah yg sentiasa bermujahadah menjalankan ketaatannya sebagai seorang hamba..mode > ~ perbaiki diri dari hari ke hari, penuhkan ilmu di dada kerna ajal dan maut sentiasa menghampiri kita setiap hari cuma sedar atau tidak sedar shj...insyallah bermuhasabah diri itu perlu~).......asrar qalbi.......

Isnin, 22 Ogos 2011

~A message to deliver~

<
~Cinta yang Abadi..

A bertanya kepada B.

A : maaf ,tumpang tanya .lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U kat mana ye ?

B : encik jalan terus ikut jalan ILAHI ,nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu ,akan nampak belah kanan , kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI .haa tu tandanya encik berada di jalan betul .semoga selamat sampai! CINTA ALLAH CINTA ABADI..




~Indahnya seorang wanita andai auratnya terjaga..

Syaitan 1 :"kenapa pakai berhijab??..tak lawa LA"
Syaitan 2: "ko kan cantik..serlahkanlah kecantikan mu..."
Syaitan 3: "letaklah gambar ko kat FB,..biar orang terpegun lihat wajah ko.."
Syaitan 4: "leggokkan badan tu, pakailah ketat sikit, mekap biar tebal tau.."

Wanita Solehah: "My beauty is for my husband to see, not the world"

MODE: cantik itu untuk di tatapi yg 'halal' buat kita wahai wanita sekalian ,'special' buat sang zauj nanti. ^_^




~Hidup untuk memberi~sedekah


RM1 telah bertemu dengan RM50 lalu bertanya..

RM 1 : "Oit! Lama tak nampak. Mana ko pergi?"
RM50 : "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok bola, karaoke, tengok wayang, lepak OU, konsert AF, Malaysian Idol..Haa!! Tempat-tempat macam tu la. Eh! ko pula macam mana?"
RM1 : (Menjawab perlahan seraya menunduk), "Hmm..aku biasalah. Balik-balik tempat sama juga. Tak surau, masjid. Tak masjid, surau..




~Who next?ur mother...love her..

Mom - she wears you 9 months in her heart.
Mom - a name that no one could replace.
Mom - she is always there for you.
Mom - who gives her life for you.
Mom - the only female person in your life whom you can trust




~Uhibbu ukhuwah fillah abadan abada untill akhirat..


Pencil : You know,I'm really sorry.
Eraser : Sorry for what?You didn't do anything wrong!
Pencil : Well,every time when i make mistake,you will b there to erase my mistake. But,as time pass by,part of u r gone.
Eraser : You see,I'm made to do this. Even though i know one of these day I'll b gone,and u have to replace me with another.I'm still happy to do this job.So don't b sad!It worries me!
This is how true friends supposed to b like ^^




p/s :menghitung detik masa yg berlalu,adakah diri ini sentiasa menjadi lebih baik dari hari ke hari....Mudah2an detik masa yg berlalu menjadi tarbiah dlm diri..wallahualam..

Isnin, 8 Ogos 2011

~Good deeds




Six easy ways to earn even after death

1) Give a copy of Qur'an to someone. Each time one reads from it, u gain.
2) Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, u gain.
3) Participate in building a Masjid.
4) Place water cooler in a public place.
5) Plant a tree. U gain whenever a person, animal sits in its shade or eats from it.
6)And the easiest of all, Sharing this message with people. Even if 1 applies any of the above, u gain

Ahad, 10 Julai 2011

From the deep heart..

"Ya Allah if he's meant for me and i meant for him let us be to be together in ijabkabul"

"Ya Allah if we are not meant to be together, please avoid us from seeing each other..."

"Ya Allah if he's the right person for me let his iman be the one i adores and let him make my way easier to jannah"..

"Ya Allah if he's not the right one for me,show him the right way so that he can lead others instead"




~Only He know what the best for us in our life,as a slave we have to pray and do "solat istikharah" so that He can guide us to the truth path..Sometimes it is so hard to think about "the partner" of our life as we always want the best.But for me,to get the pious partner,we also must be a good and pious too.Hope we all get the truth "imam" so that he can lead us to the journey of life in this "addunia" wa "alakhirat"~

~From heart to heart @ asrar qalbi....