Ahad, 7 November 2010

~mattaufik wannajah..


salam maataufik wannajah..

di kesempatan nie ana ingin mengucapkan

selamat menempuhi ujian akhir sem(ujian dunia)..

insyallah mudah2an kita semua d'permudahkan urusan

semasa menjawab soalan2 yg bakal di "brainstormingkan".


Ingatlah untuk menjadi seorang pelajar muslim yg cemerlang

bukan mudah dan ia memerlukan "mujahadah"

bak kata ibunda,usaha,doa dan tawakkal

3 elemen penting yg sentiasa di "mind" set ana


Bak kata pepatah,

jangan d'renung letihnya usaha,tapi renunglah manisnya kejayaan,

insyallah kata2 semangat yg begitu bermotivasi buat diri yg selalu lupa..

tapi apa yg penting niat kita insyallah selalulah niatkan

Lillahitaala n sentiasa mulakan dengan niat suci kerana Allah


Hukama' ada m'yebut Doa i2 senjata bg seorang mukmin,

alangkah b'syukurnya kita m'jadi seorang muslim,

Dia sentiasa m'dgr rintihan hamba2Nya,

selepas usaha,berdoalah agar d'beri keputusan yg terbaik,

namun jika kita tidak m'dapat apa yg d'impikan,

Trust Him,because He know what the BEST for you.

sebab semuanya datang dariNya,


Tawakkal juga merupakan ciri2 seorang mukmin sejati,

berserahlah segalanya pdNya..

sebab apa yg penting sekarang kita da usaha yg terbaik,

insyallah there is da way for mukmin n mukminah..


wa akhirulkalam..ana doakan semua sahabat ana berjaya

fi dunia wal akhirat..ape yg penting jagalah 2 hubungan ni.

habluminAllah wa habluminannas..

lapangkanlah masa kepadaNya,bangunlah sepertiga malam untuk merasai

nikmatnya sebagai seorang "Hamba"..

dan mohonlah berkat dari ayahanda dan ibunda..

kerna redha Allah itu terletak pd redha kedua ibubapa kita..

~misi menjadi "khairun nisa' "..



Allah subhana wa ta’ala mencipta kita berpasang-pasangan dan dijadikanNya perasaan kasih sayang dan belas kasihan supaya kita bersenang hati dan dapat hidup mesra dengan pasangan.


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِوَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". [Ar-Rum ayat 21]


Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam menganjurkan kita agar mencari pasangan yang bersesuaian dengan kita agar kita dapat hidup harmoni.


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kaum wanita diciptakan dari tulang rusuk dan tak dapat engkau luruskan walau dengan apa cara sekalipun. Jika engkau merasa senang kepadanya bersenang-senanglah, namun dia tetap saja bengkok. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Mematahkannya bererti menceraikannya.”



Riwayat Muslim Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam juga ada bersabda bahawa kebahagian ada empat kunci dan salah satunya adalah mempunyai isteri yang solehah.
Empat kunci kebahagiaan Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”Riwayat Ibnu Hibban


Dan isteri solehah adalah digambarkan sebagai Khairun Nisa’


Khairun Nisa’ Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.”Riwayat Muslim


Untuk mendapat Khairun Nisa’ seorang lelaki juga mestilah menjadi seorang mukmin yang soleh. Sesungguhnya itu janji Allah.


~sumber : halaqah~