Rabu, 15 September 2010

soal jawab; inai

Hukum berinai bagi perempuan adakalanya sunat, adakalanya makruh, bahkan adakalanya haram mengikut keadaan, status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara perempuan itu berinai.





Rujukan : Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam


i. Berinai yang sunat

Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.

ii. Berinai yang makruh

Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.

iii. Berinai yang haram

Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram. Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami.


Berinai Dengan Membuat Ukiran Di Tangan


Berinai yang disunatkan bagi perempuan yang bersuami yang ingin melakukan ihram atau tidak dan perempuan yang tidak bersuami yang ingin melakukan ihram ialah dengan cara menginai seluruh tangan hingga pergelangannya dan disunatkan juga menyapu sedikit inai pada mukanya.

Adapun berinai dengan membuat ukiran di tangan pula, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah ada menyebutkan perkara ini di dalam kitabnya, Tuhfah al-Muhtaj ‘ala Syarh al-Minhaj, katanya yang bermaksud:

“Dan tidak disunatkan baginya (perempuan yang bersuami yang tidak melakukan ihram) berinai dengan membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi, bahkan haram melakukan salah satu daripada cara sedemikian bagi perempuan yang tidak bersuami dan bagi isteri yang tidak mendapat keizinan suaminya.”

Berdasarkan petikan di atas, jelas bahawa hukum berinai dengan membuat ukiran bukanlah cara yang disunatkan, bahkan perbuatan itu haram dilakukan bagi perempuan yang tidak bersuami dan juga bagi perempuan yang sudah berkahwin yang tidak mendapat keizinan suaminya. Namun jika suami mengizinkannya, makruh jika isteri melakukan yang sedemikian itu.

Selain daripada membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi juga merupakan cara berinai yang tidak dibenarkan oleh syarak.Walau bagaimanapun menurut Ibnu Rif‘ah Rahimahullah, apa yang dimaksudkan dengan berinai di hujung-hujung jari yang diharamkan itu adalah menginai hujung-hujung jari dengan inai yang berwarna merah dan dicampur dengan yang berwarna hitam.

Jika menginainya hanya dengan inai yang berwarna merah, maka yang sedemikian adalah dibolehkan. Begitu juga dibolehkan ukiran yang dibuat dengan inai (warna merah) sahaja menurut Ibn Qasim al- ‘Abbadi Rahimahullah.


Kesimpulannya, Islam tidaklah melarang umatnya untuk berhias selama mana berhias itu selari dengan apa yang disyariatkan syara‘. Termasuk dalam hal inai, Islam telah memberikan garis
panduan tertentu mengenai cara berinai seperti larangan berinai dengan warna hitam dan waktu yang dibolehkan untuk berinai seperti sunat bagi perempuan berinai ketika berihram.

Ahad, 12 September 2010

~pemuda syahid fi sabilillah..




~link kali ni betul2 menyedarkan diri ana sebagai insan dan hamba yg serba kekurangan.Betapa hebatnya pemuda ini sehinggakan kematiannya d'akhiri dengan husnul khatimah.Si fulan ini menghadap illahi ketika dirinya jihad b'juang dijalanNya dengan berdakwah kepada org ramai.Ana harap sahabat2 semua dapat sama2 mengambil iktibar dari kisah pemuda ini yg syahid ketika giat berdakwah fi sabilillah~~(sumber dari ohislam.com)...

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.
Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.
Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.



Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.
Ketika selepas solat Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.
Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.




PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? Sama-sama kita renungkan.

~raya..maaf zahir dan batin..


~Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerna diriku b'kesempatan juga akhirnya untuk menemui "syawal" pada tahun ini.Walaupun pada hakikatnya hati terasa hiba dan sedih meninggalkan "ramadhan" yg bagiku setiap detik masa d'bulannya begitu berharga untuk d'isi dengan amal ibadah.Namun perjalanan sebagai hamba musafir d'muka bumi Allah ini harus ku teruskan.(no gear reverse...).Tanggal 29 ramadhan,detik2 sebelum "ramadhan" meninggalkanku..terasa hiba sgt d'hati kerna diriku sendiri tidak pasti samada "ramadhan" akan ku temui lagi atau sebaliknya.Jika diriku b'kesempatan,alhamdulillah..Namun,jika ini merupakan "ramadhan terakhir bagiku..hambamu ini risau jika amalan d'bulan barakah ini tidak sempat ku sempurnakan.Hanya padaNya ku serahkan kerna ajal dan maut itu d'tangan Tuhan.Insyallah hari demi hari ku akan sentiasa memperbaiki diri supaya diri ini akan sentiasa b'sedia m'hadap diriMu Ya Rabbi~~


~Hatiku tersentuh bila berbicara tentang ajal dan maut..detik2 sebelum meninggalkan "ramadhan" sahabatku pula meninggalkanku.Sesungguhnya janji Allah itu pasti,setiap yg bernyawa itu pasti akan mati dan akan meninggalkan bumi yg fana ini.Allah lebih menyayanga;idirinya..(al-fatihah tuk arwah syahir )~~ku bermohon mudah2an dirinya tergolong dlm kalangan org yg soleh setelah m'harungi pelbagai2 ujian.Insyallah sesungguhnya setiap saat dirimu mengharungi perit dan sakit(kanser) itu pasti ada penawar dosa.Mudah2an diriku juga dapat m'akhiri hayatku dengan husnul khatimah..sebab itu yg ku inginkan selama ini..Ameen~~


~D'kesempatan ini diriku ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada sahabat2 sekalian.Mohon seribu kemaafan klu ada tersilap kata dan bahasa.Sebagai manusia yg lemah dan tidak sempurna pasti akan selalu m'lakukan khilaf.Insyallah mudah2an kita akan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi yg lebih baik..insyallah kata2 tu akan sentiasa tertanam di dlm hati.Sebagai peringatan buat sahabat terutama buat diriku sendiri,sentiasalah mempersiapkan diri kita untuk menemui Rabbi kerna bila2 masa sahaja kita akan m'nemuinya tanpa kita sedari.Asahkan iman,dan tanamkan dalam diri sifat2 mahmudah dan sentiasa m'beri k'maafan pada org laen..(cam iklan raya petronas la pulak..)..=)..wallahualam..

~ usrati..raya pertama tanpa abang sulung(ab) ngan kakak tercinta yg berada d'perantauan(adelaide australia)...sayang semua....=)

Isnin, 6 September 2010

~peta hidup



~peta hidup yang menggambarkan checkpoint dalam kehidupan kita~biarlah gambar berbicara.....

~jom tadabbur Quran..




~Life is such a game??bak kata ustaz pahrol "pain first,play later"..ungkapan ini akan sentiasa ana simpan dalam qalbi.kehidupan di dunia ini ibarat satu permainan seperti treasure hunt(cari harta karun).Dalam permainan ini peserta(manusia) dikehendaki untuk mencari harta karun itu mengikut peta yg d'berikan(rujukan Al-quran dan sunnah) sebagai petunjuk untuk sampai ke destinasi yg hendak d'tuju.Namun,tidak semua peserta menggunakan "peta" itu sebaik mugkin dan mungkin juga ada segelintir peserta yg begitu bijak m'ggunakan "kebijaksanaan " yg tersendiri(b'tindak m'ikut hawa nafsu) untuk sampai ke destinasi yg terakhir.Agak2 peserta mana yg akan sampai ke destinasi dengan cepat dan selamat??Sudah pasti peserta yg betul2 m'gunakan dan m'ikut arahan seperti dalam peta itu yg akan tiba ke destinasi dengan selamat.Manakala peserta yg tidak mengikuti arahan seperti dalam peta itu,pasti akan tersesat atau m'alami masalah sepanjang perjalanan.Akhirnya,peserta yg berjaya sampai itulah yg d'kira sebagai pemenang(the winner) dan yg sesat itu dikira sebagai "the lost"~~

~Itulah hakikat sebenarnya kehidupan kita d'atas muka bumi ini..Secara kronologinya,kita sebagai hamba Allah perlu sentiasa m'jadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman dalam kehidupan.Walauapapun masalah menimpa diri,pohon petunjuk dariNya dan sentiasa m'jadikan kitab suci kalamullah sebagai rujukan harian.Jadikanlah kitab suci ini sebagai peneman hidup dikala suka dan duka.Sesungguhnya tiap2 huruf di dalam kitab suci ada ganjaran pahalanya bagi sesiapa yg membacanya.
~ Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf- diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih~

~Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan).- Sohih Bukhari dan muslim.

justeru sahabat yg ana kasihi,jadikanlah amalan membaca Al-Quran serta m'tadabburnya sebagai amalan rutin harian.Tidak rugi jika kita betul2 m'amati satu persatu ayat yg terkandung di dalamnya bahkan kita akan sentiasa m'dapat rahmat dan petunjuk drNya.Bagi yg lebih berkemampuan,hafazlah ayat2 suci kalamullah ini,nescaya akan dapat m'beri syafaat untuk ahli keluarganya di akhirat kkelak.Tanamkan niat yg suci,istiqamah dalam diri untuk sama2 m'hayati isi kandungannya insyallah Allah akan sentiasa membantu hambanya yg sentiasa b'usaha untuk m'cari agamaNya. cubalah untuk luangkan sekurang2nya satu muka satu hari..dan insyallah tiap2 hari kita akan cuba untuk memperbanyakkan lagi bacaan ayat suci al-quran ini dan m'hayatinya.renung2kan dan selamat b'amal..

Allah telah berfirman yang bermaksud : Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya- Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sohih


cara2 untuk menghayati dan mengamati Al-Quran;


1. Membesarkan Allah dan mencintai Allah.Setiap kali seseorang itu membesarkan Allah di dalam hatinya maka setiap kali itulah ia akan membesarkan al-Quran. Ibnu Mas'ud berkata : "Sesiapa yang ingin mengetahui bahawa ia cintakan Allah maka hendaklah ia mendedahkan dirinya kepada al-Quran". Urwah al-Bariqi berkata : "Cintakan Allah adalah cintakan al-Quran dan cintakan Rasulullah adalah beramal dengan sunnahnya"


2. Rajin mendengar bacaan al-Quran dan menghadirkan hati kepada al-Quran.

3. Sentiasa bertaubat dan menjauhkan diri daripada maksiat. Sesungguhnya kebiasaan melakukan maksiat akan mendatangkan bahaya kepada agama dan dunia. Maksiat akan menghilangkan cahaya iman pada hati dan air muka seseorang. Ia juga boleh menghilangkan perasaan malu sedangkan perasaan malu itu sebenarnya perkara utama untuk menghidupkan hati. Sesungguhnya maksiat akan membutakan hati dan menggelapkan jalan menuntut ilmu. Hati yang tidak dihiasi perasaan malu dan telah menjadi gelap yang berpunca daripada maksiat maka hati itu adalah hati yang sedang sakit. Kesannya, hati yang sakit akan menjauhkan seseorang daripada menghayati al-Quran.

4. Ikhlas untuk menghayatinya.Ikhlas merupakan syarat sah amal ibadat. Oleh itu sesorang yang ingin membaca al-Quran hendaklah menghadirkan keikhlasan kerana Allah dan apabila menghayati ayat-ayat yang dibacanya hendaklah dihayati dengan ikhlas kerana Allah. bukan kerana yang lain daripadaNya

5. Menangis ketika membaca al-Quran. Seseorang yang membaca al-Quran disunatkan menangis ketika membaca ayat-ayat yang menceritakan azab Allah dan seksaanNya. Tuntutan menangis semasa membaca al-Quran mendatangkan kesan positif kepada pembacanya untuk menghayati al-Quran iaitu meninggalkan larangan-larangan Allah yang dengan sebab tidak meninggalkannya boleh menyebabkan seseorang itu diazab dan diseksa oleh Allah di akhirat nanti. Tambahan pula menangis ketika membaca al-Quran merupakan sifat 'al-arifin' iaitu orang-orang yang mengenali Allah dengan sebenar-benarnya dan menjadi syiar atau simbol hamba-hamba Allah yang soleh


~wallahualam...

Jumaat, 27 Ogos 2010

~kasihnya Bonda...




Kasihnya ibu membawa ke syurga..Sebagai anak yg soleh dan solehah,kita seharusnya sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.Tanpa ibu,ummi,emak tiadalah kita diatas muka bumi ini untuk merasai hembusan nafas sebagai insan dan manusia yg berguna(insyallah..)~~Sudah lama ana tidak bermadah di blog,alhamdulillah akhirnya berkesempatan juga ana untuk m'update "bicara hati srikandi"..Sebagai seorang srikandi islam atau lebih sinonim agi wanita,naluri sebagai seorang ibu itu mmg sentiasa berada dalam diri.Menjadi seorang ibu yg sentiasa m'didik dan menyayangi anak2nya bukan mudah dan ia memerlukan persediaan mental,rohani dan fizikal.Hanya yang selayaknya dpt menjaga anak yg d'berikan sbg amanah Allah d'muka bumi ini dengan sebaiknya.Sujud syukurlah padaNya kerana mengurniakan kita seorang ibu yg sentiasa menyayangi kita dan tidak jemu untuk m'tarbiyah kita kearah untuk menjadi muslim yg soleh dan solehah,...(syukran untuk ibunda ana yg telah b'susah payah dan mengerahkan keringat untuk m'didik 6 orang cahaya mata yg bermacam2 kerenah..~termasuk ana..=)..)..anakanda akan sentiasa menghargai jasamu bonda dan segala pengorbanan yg tidak mampu d'balas insyallah dibalas olehNYA..




Teringat ana di zaman keanak-anak'an dulu,bonda akan sentiasa mendahulukan anak2nya terlebih dahulu.Kemudian baru uruskan halnya .Tika anaknya yg masih kecil itu merengek untuk meminta sesuatu,pasti akan d'belinya untuk memuaskan hati anaknya.Betapa sayangnya bonda pada anak2nya.Bonda selalu b'pesan "suatu hari nnti ain juga akan menjadi seorang ibu dan akan merasai perasaan sebagai seorang ibu..dan pada masa itulah ain akan tahu keadaan yg sebenarnya.."insyallah bonda ain akan sentiasa sematkan kata2 keramat itu dlm qalbi~`..baru2 ini ana ada terbaca artikel tentang pengorbanan seorang ibu dan ia sgt menyentuh hati..ana harap sahabat juga dpt merasai dari kisah ini..

kASIH IBU MAMA EMAK BONDA MUM.. Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.Si ibu menyambut dengan senyum meleret.Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.


Masa terus berlalu…Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah.




Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu… “Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. ”Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. ”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” ”Bila?” tanya si anak. “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.Hari yang ditunggu tiba akhirnya.

Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. “Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayahtemui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.

Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya

Jumaat, 6 Ogos 2010

Ahlan wa sahlan ya ramadhan~~

Ahlan wa sahlan ya
Ramadhan..tinggal lagi beberapa hari aje lagi kita akan meninggalkan bulan syaaban dan Ramadhan akan menjelma pula..macam2 perasaan ada gembira,sedeyh,takut dan risau..Ramadhan merupakan bulan yg d'muliakan Allah dan ana sgt2 berharap mudah2an ramadhan kali ini akan membawa kita ke paradigma dan perubahan yg lebih baik.Sempena menantikan ketibaan ramadhan yg d'tunggu2 ana nak kongsi bersama fadilat d'bulan ramadhan sebagai preparation tuk kita m'hadapinya.Ana doakan ramadhan kali ini akan lebih bermakna dengan amalan2 kebajikan dan ibadah yg d'redhaiNya..amin..



Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya.
Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan syiyam dan membaca kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fukara dan masakin. Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambunglah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarkannya.

Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertobatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih. Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjangkan sujudmu.Ketahuilah! Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri dihadapan Rabb Al-'Alamin.

Wahai manusia! Barangsiapa diantaramu memberi buka kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka disisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.(Sahabat-sahabat bertanya:" Ya Rasulullah!Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan:)Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan ahlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.Barang siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat. Barang siapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan solat fardhu baginya adalah ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu dibulan yang lain.Barang siapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.

Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain.Wahai manusia! sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?" Jawab Nabi:Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".Marhaban Ya Ramadhan kareem..

~sumber; sahabat~~