Khamis, 10 Mac 2011

~Di mana Dia di hatimu..


Bismillahirrahmanirrahim..Dengan nama Allah yg Maha Esa serta selawat buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W ..Sesungguhnya solatku,hidupku dan matiku hanya untukMu"~bait2 yg sering kita ungkapkan tatkala dalam solat....jika kita hayati betul2 makna ayat di atas pasti kita akan berasa bahwa Allah itu sebenarnya sentiasa "dekat" pada hamba2Nya sedekat urat di tangan.Subhanallah...


Firman Allah :

"Dan, apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasannya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon keada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala) perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran"(2;186)





"Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya." wallahualam..

Khamis, 24 Februari 2011

~monolog diri~ujian...

Ya Allah mengapa diriku sering di "uji" ?


Sesungguhnya Allah layak menguji setiap hambaNya,kerna diriku seorang "hamba"



Tetapi kadangkala ku merasakan "perit" untuk menanggung segalanya........



Jangan khuatir kerna Dia sentiasa berada dekat denganmu....


Siapakah yang sentiasa dekat dengan diriku?.....




kuatkanlah dirimu...Sesungguhnya hanya kepadaNya tempat kita mengadu segala rintihan di hati sanubari ini..




Maka,jadilah seorang hamba yg sentiasa dekat denganNya,dan bersyukurlah kerna kita dipilih olehNya untuk merasai "ujian" dalam kehidupan.Tanpa ujian dariNya,mungkin diri ini akan sentiasa lalai dan alpa..Syukran Ya Allah~~

~Ya Allah kuatkanlah " hati2" ini untuk menghadapi segala ujian yg Engkau berikan.Sesungguhnya hambaMu ini sentiasa melakukan khilaf dan berikanlah kekuatan dalaman keatas hambaMu ini untuk sentiasa berada dekat denganMu...

Jumaat, 18 Februari 2011

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika
Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

Isnin, 7 Februari 2011

~Mari berzikir sambil tidur..


~Tidur disamping mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dapat memberi ketenangan dan kerehatan yang sebenar, semasa tidur manusia dapat menyimpan suara yang didengari, oleh yang demikian dengan mendengar ayat-ayat suci al-Quran memudahkan hafalan kepada penghafiz Al-Quran, begitu juga kepada ibu bapa digalakkan membaca doa dengan suara perlahan-lahan ketika anak sedang tidur agar mendapat kerahmatan daripada Allah SWT.~


Buktinya~


Surah Ar-Rum.Ayat : 23.


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karuniaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan"



~mari kita berzikir sambil berfikir tentang kekuasaaNYA..=)insyallah same2 kita istiqamahkan diri berzikir sebelum tido..

Khamis, 3 Februari 2011

~Nota hati..







Wanita suci,merelakan Allah memilihkan lelaki suci baginya, mungkin sekarang,nanti, bahkan mungkin tak ada sampai mati.Mungkin itu berarti dirinya terlalu suci untuk semua lelaki di alam permainan saat ini.Mungkin lelaki suci itu menantinya di istana kekal..





~Best qoute from biha,tersentuh "hati" penulis bila merungkaikan ayat2 di atas,memang simple but full of meaning..Ape yg nak disampaikan,konsep "menjadi" yg soleh itu perlu d'utamakan dahulu,barulah "mencari".Memang usaha itu penting kerna tanpa usaha juga kita tidak akan dapat ape yg kita nak kecapi tapi dengan syarat biiznillah(insyallah) dengan izin Allah.Tuntutlah ilmu,kerna dengan ilmu kita akan menjadi org yg sentiasa "berilmu" apabila melakukan sesuatu."Ape yg penting,ilmu fardhu ain wajiblah dituntut dahulu,kerna ia menjadi satu kewajipan bg setiap insan yg bergelar "muslim" dan ia menjadi satu tanggungjawab bg kita.Risau bila umur sudah meningkat dan mempunyai "keluarga" sendiri,bagaimana kita mahu mengajar dan mendidik bakal zuriat kelak nanti?Tepuk dada tanya IMAN. Insyallah bilamana kita sentiasa tidak jemu menuntut "ilmu Allah" diri kita akan sentiasa mendapat kerahmatan drNya kerna tujuan kita dihidupkan di atas muka bumi ini juga untuk "beribadah" kepadaNya.Semoga ape yg baik kita sampaikan pada sahabat andai yg lain dan peringatan penting juga buat diri si Penulis yg lebih dekat menulis,mendengar dan melihat.Ape yg baik itu semuanya datang darINya.wallahualam~





~p/s :Nota hati seorang insan yang bergelar "cahaya mata"..Tahniah buat sahabat "hatfini husin" yang bakal melangsungkan pertunangan dan mendirikan baitulmuslim(alhamdulillah jodoh sahabat penulis awal ),jadilah seorang isteri yg solehah dan taat kelak nanti..Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ape yg terbaik buat hambaNya~

Isnin, 31 Januari 2011

~Nota hati seorang wanita..




"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."


Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah
putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal
sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan
sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal
perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah
akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah
ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini
.

~Anger in Egypt...


Ya Allah hanya padaMu kuharapkan.
Engkau selamatkanlah sahabat2ku yg berada di bumi mesir,
Berikanlah mereka kekuatan fizikal dan rohani,
Jauhkanlah mereka dari perkara2 yg tidak diingini,
Hanya Engkau yg Maha Mengetahui apa yg terjadi di sebaliknya,
Hasbunallahi wani'mal ,maula wani'ma nasir..

Salamun alaikh,setelah sekian lama tidak menulis di teratak asrar qalbi,akhirnya penulis memulakan bicara dengan satu doa dan pengharapan buat warga2 islam di mesir terutama sahabat2 penulis yg berada di bumi anbiya'.Mohon sahabat2 yg berada di M'sia kita same2 tadahkan doa dan berdoa yg terbaik buat sahabat kita yg berada di perantauan egypt dan kaherah..Sesungguhnya,

"DOA ITU SENJATA BUAT MUKMIN"



~Ya Allah sesungguhnya tiap2 kejadian di muka bumi ini di atur dengan cukup sempurna,dan ku percaya setiap yg berlaku itu ada hikmahnya,Sesungguhnya Engkaulah sebaik2 penolong buat hamba2Nya~