Selasa, 2 Oktober 2012

*Bed time story*




*Time for bed time story*

Menurut satu riwayat,ada seorang ulama salaf bertanya pada muridnya bagaimana untuk melawan gangguan daripada syaitan.

Murid : "Aku akan melawan dan tidak mahu menuruti kehendaknya"
Ulama salaf:"Kalau begitu,panjanglah ceritanya.Tidakkah engkau lihat,andai kata engkau menjumpai kambing di tempat penggembalaan tiba2 datang seekor anjing yg galak menyalak dan mengejar engkau serta tidak membenarkan engkau melalui jalan itu,apa yg perlu engkau lakukan bukannya berlawan dengan anjing tersebut,tetapi meminta tolong daripada pemilik kambing dan anjing berkenaan.Apabila engkau telah meminta tolong daripada pemilik anjing dan kambing itu,pasti masalahmu akan selesai...."
 *Seperti biasa kalau ada story pasti ada moral of value an*...Hence....

Moral of value : Biar apa2 pun yang terjadi dalam hidup ini, biarlah pengharapan kita kepadaNya dengan sepenuhnya.,kerna Dialah pemilik mutlak kita .Hanya Dia yang mampu menolong hamba2Nya..Pabila kita sentiasa mengingatiNya, pasti Dia juga turut mengingati hamba2Nya..


Mode : Kisah2 para sahabat dahulu, banyak memberi contoh tauladan buat kita sbg pedoman untuk hari ini.Setiap jalan cerita pasti ada isi yg tersirat di dalamnya...Cuma bergantung pada Si Penilai untuk menilainya



Khamis, 27 September 2012

Tinta hati


Assalamualaikum pembuka bicara,

Pernah hati ini suatu ketika diselubungi dengan satu perasaan serba salah, gelisah, delima..jiwa kacau
Namun,ku gagahkan jua untuk berdepan "dengannya"...
Ku tahu, dalam hidup ini seorang hamba pasti diuji sebagai tanda ketakwaan kita padaNya..
Kerna itu Allah kurniakan akal + wahyu untuk kita berfikir mana yg baik dan mana pula yg buruk..

'Dilema' itu akhirnya berakhir pabila seorang sahabat memulakan bicara..
"Jika kita permudahkan urusan orang lain,Allah pasti permudahkan urusan kita Ain"
Hati ini mula rase tersentap mendengar kata2nya..
Hanya Allah yg Maha Mengetahui perasaan ketika itu..
Ibarat ketika kita memerlukan pertolongan, lantas ada sang pemurah hati yg membantu diri ini.
Syukran Ya Allah..Benarlah dalam sabda nabi S.A.W :

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).
*Hulurkanlah tanganmu itu ketika mana org lain memerlukan tanganmu itu*

* Secara kiasannya, dalam hidup ini jika ada Si Penerima,pasti ada Si Pemberi..Oleh itu,bersyukurlah kamu jika sekiranya tergolong dalam golongan di atas.*

p/s :   ku tahu rezekiku tidak akan diambil oleh org lain,kerna itu hatiku selalu tenang


*Dari hati ke hati..11 dzulkaedah*

Isnin, 10 September 2012

uhibbu nasihah (3)

*Hapuskan dosa2 itu

*Dosa itu*

Bila kita melihat dosa-dosa lepas, seakan-akan kita merasakan kita telah membazirkan begitu banyak masa dalam kehidupan kita. 

Tetapi, bila kita melihat semula diri kita pada hari ini, kita akan sedar betapa sejarah dululah yang telah membentuk kita pada hari ini. 

Bukanlah terjatuh dalam dosa itu suatu yang baik, tetapi sekurang-kurangnya sejarah kejatuhan kita di dalam dosa itu telah mengingatkan kita bahawa kita ini tidak layak untuk berbangga dengan apa-apa pun kebaikan yang kita miliki pada hari ini.


~Nice nasihat from sahabat to sahabat~
12 a.m 

Ahad, 9 September 2012

Teringat seketika..



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

"La ilaha illa Allah"..Tiada Tuhan yg layak disembah melainkan Allah
zikir yg mudah namun membawa diri kita kearah pengabdian padaNYa..

*MODE : Misi membedah buku kompilasi ATN (aku terima nikahnya)*


" Anak hanya belajar menghargai kasih sayang ibubapanya pabila akal sudah hidup di kepala,namun ibubapa sudah menyayangi anak sebelum lahir ia ke dunia"

full of words wif a meaning worth...tatkala sibuk membelek buku nie,tersentuh ana dgn words atas nie.Kasih seorang ayah dan ibu itu memang x ternilai bandingannya. Teringat seketika satu perbualan :

Ana : Assaalamualaikum mak, mak sihat?Rindu mak......
Mak : Waalaikumussalam, mak sihat..mak baru nak call ain,tgk2 anak mak nie da call mak..
(Banyak kali insiden nie terjadi,ana pasti sahabat ana pun pernah mengalaminya..)

*Betapa kuatnye naluri seorang ibu itu, pabila anaknya merindui dirinya,pasti ada satu "wave" yg akan menghantar signal rindu padanya*

Ana : Abah, result sem ain kali nie macam2 gred ada dari A ke C semua ada. Maaf x dapat nak buat yg  terbaik tuk sem nie
Abah : Xpe ain, lulus tu pun da kira ok.Abah dulu lagi la takat2 lulus je..nak dapat A mmg susah sekali. Itupun da kira baik.Alhamdulillah

(Ku terfikir seketika, dulu abah bersusah payah blaja sambung ijazah kat USM, walaupun ketika itu dia sedang menyara 5 org anak dan ketika itu mak ana sedang mengandungkan adik bongsu ana..Nak dibandingkan dgn diri ana, sambung ijazah ketika muda dan sepatutnya tiada sebarang halangan seperti ayah ana dulu..muhasabah seketika)

*Betapa sayangnya seorang ayah pada anaknya,pabila anaknya hilang semangat, maka dia akan cuba menenangkan hati anaknya dan pulihkan semangat balik*

p/s : Anak yang berjaya bukan anak yang berjaya berkerjaya, mewahkan kehidupan ibu ayahnya. Tapi anak yang berjaya adalah anak soleh yang membawa ibu ayahnya turut serta menikmati Syurga bersama-sama."..nice one







Isnin, 27 Ogos 2012

*Sharing is Caring*

*Sharing is Caring*

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah ana mulakan bicara, sebelum mata ini terlena dibuai mimpi saja ana nak share ngan sahabat laman web yg menjadi *feveret* ana dikala ana kesunyian pasti "ia" menjadi peneman..


~ Quran explorer online~

~Just choose ur *feveret* reciter~


Ape yg ana admire dgn Quran explorer nie kita bole pilih our own *feveret* reciter..macam2 style bacaan ada dari mufti2 n imam yg terkenal dr mesir n lain2 *sedap n syahdu bacaannya*.Antara The best reciter yg kita bole pilih with a full translation :
  • Mishari Rashid ( My admire..really love his recitation..just nice n tranquility when we heard his voice)
  • Mahmood-Albana
  • Syeikh ayub
  • Syeikh basfar
  • Syeikh al-Huzaifi n dlll

* Bila hati ini resah, cubalah untuk "basahkan" telinga kita dengan ayat2 suci kalamullah..pasti hatimu akan menjadi tenang*

p/s: Nak tambah n topup pahala x??senang je..jom dengar ayat2 suci Quran..senang kan dengar pun insyallah dpt pahala inikan pula bila kita membacanya..selamat beramal..=)

HIJAB..My Choice

*Salam mahabbah di bulan Syawal Ya Karim*

* I love My HIJAB*
*HIJAB,My right,My choice,n My life..nice qoute*
*Pabila berbicara soal HIJAB, kita mesti kaitkan dengan aurat*
*Ana pasti ramai sahabat muslimah ana arif n profesional bab2 nie sbb selalu je kita d'beri peringatan bab nie samada di ceramah, fb, circle of ukhuwah n lain2*

*Apa yg bermain di minda ana, what is the real meaning of aurat??*

*which one is yours?*
" Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung ke dadanya,..."(Annur-31)

*Apa yg biasa nampak darinya?= muka dan dua tapak tapak tangan*
* Erti muka yg sebenar2nya ialah dari hujung kedua anak telinga dan juga dari hujung anak rambut hingga ke  hujung tulang dagu*..jadi bawah dagu kita x termasuk dlm bahagian wajah.betul x?

*Persoalan yg timbul tentang bawah dagu : (Jadi kiranya bawah dagu pun dikira aurat??)
  • mengapa tatkala solat kita berusaha menutupnya?Bukankah aurat kita sama sahaja seperti dalam solat
  • waktu kita ambil air wudhu' ,kita cuci muka sampai bawah dagu ke?semestinya tidak..
*Implikasi dari topik di atas : Jom sama2 kita perbaiki diri ke arah kesempurnaan menutup aurat.Nota ini juga utk diri ana juga, jom kita sama2 improvekan utk menutup aurat secara sempurna.Bermulalah dari hati yg ikhlas,insyallah kita akan sentiasa istiqamah...

P/s : Macam2 jenis hijab style yg ana tgk para akhawat gayakan..buatlah gaya mne pun asalkan menutup apa yg perlu ditutup.bg yg ingin improvekan mencari kesempurnaan bawah dagu, kalau buat style lilit2 pun boley jugak kita lilit skit bawah dagu kita..kan senang..islam itu mudah..=)

Rabu, 15 Ogos 2012

Penenang Hati Ini




                                         أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
   ”Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Ar Ra’d : 28)

Hasbi rabbi jallallah

(Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha agung )

Ma fi qalbi ghayrullah
 (Tiada Tuhan di dalam hatiku kecuali Allah)
Nur Muhammad Sallallah
(Cahaya Muhammad selamat atasnya)
Lailaha illallah
(Benarlah tiada Tuhan selain Allah)

Kalimah zikir yang sentiasa menenangkan hati ana, ketika saat suka,duka,sedih,kecewa..Sesungguhnya hanya kepadaMu ku berserah sepenuh harapan..Zikir yg pendek + simple tp mempunyai meaning yg cukup mendalam buat ana.Moga hati ini sentiasa terubat dengan zikir2Mu ya Allah..amin


p/s : Manusia hakikatnya sentiasa perlukan Dia....Bila kita sakit kita sebut namaNya,bila kita jatuh kita sebut namaNya, hakikatnya Allah lah segala2Nya...Cintailah sesuatu itu kerana Allah pasti kamu akan temui kebahagiaan di sampingnya..