~Diam itu kadangkala bermakna.....bak kata pepatah diam2 ubi berisi..biarpun kita kurang bicara,tak bererti kita tidak pandai,bahkan kadangkala itu lebih baik.Sebab pabila kita mula bicara tiap2 perkataan yg kita ungkapkan itu mungkin memberi kesan pada diri samada baik atau buruknya.Entri kali nie maybe lebih kepada psikologi islam.Insyallah Dr.Ain akan menjelaskan tentang isu nie..(sejak bila la ana jadi doctor psikologi nih..=)..mcm2 la..insyallah islam itu syumul(menyeluruh),jadi kita pun kena la tahu semua...insyallah asalkan kita semua ada usaha untuk belajar..itu kan lebih baik dari tidak ada usaha..
1. Ia adalah ibadah tanpa susah payah.
2. Perhiasan tanpa intan permata.
3. Kewibawaan tanpa kekuasaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Tidak perlu meminta maaf kerana salah berbicara.
6. Memberi istirehat bagi Kiraman Katibin
7. Menutupi aib yang dapat timbul kerana banyak berbicara.
Sedangkan kebodohan itu mempunyai 6 ciri :
1. Marah tanpa alasan yang tetap.
2. Berbicara tanpa manfaat
3. Memberi tidak pada tempatnya.
4. Membukakan rahsia kepada siapa sahaja.
5. Percaya kepada setiap orang.
6. Tidak mengenal siapa kawan siapa lawan.
"Nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya; kerana terasa PAHIT oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang dan perasaan takabbur yang tidak mahu menerimanya.