“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm : 43)
~Hidup ini tidak selalu indah dan kadangkala kita akan terjatuh dan terus terjatuh.Namun bagi hamba yg hatinya sentiasa ada "Dia",insyallah dia akan sentiasa kembali pd fitrah kejadian asalnya sebagai s'orang makhluk ciptaan yg d'cipta oleh Sang Pencipta..Ya Allah betapa kerdilnya kita di sisi yang Maha Agung Allah S.W.T.Sebagai seorang hamba kita tidak akan terlepas dari khilaf dan sentiasa membuat dosa samada in condition conscious or unconscious.Namun Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi,mohonlah keampunan darinya jika kita tersedar yg kita sudah tersasar dari jalanNya.Bagi ana,"dosa" juga d'kira sebagai ujian dan ia kadangkala mengajar kita erti hidup sebagai hamba yg sebenarnya.JIka kita tidak mengenal erti "dosa" itu,kita pasti tidak akan tersedar dan terus untuk melakukan kemurkaan
Secara analoginya,cuba bayangkan jika tangan kita luka ketika menyiang ikan,dan lantas kita akan terasa kesakitannya dan ini semua d'sebabkan kita mempunyai pain receptor dibawah lapisan kulit tangan yang akan menghantar signal pada nerve system dan seterusnya ke otak untuk memberi effect pada muscle untuk bertindak. Cuba bayangkan jika pain receptor kita tidak mampu berfungsi dan ketika kita asyik menyiang ikan kita tidak sedar yg jari tangan sudah terluka dan terus menerus menyiang sehinggakan akhirnya kemungkinan kita akan pengsan d'sebabkan kehilangan darah.This is the end of analogy.Begitu juga kita,"pain receptor" itu d'ibaratkan seperti "dosa" yg kita lakukan..ia merupakan sense utuk diri kita sedar bahawa ia salah sama skali dan perlu untuk kita perbetulkan.Cuba bayangkan jika kita tidak sedar kita sudah melakukan "dosa" dan kita pasti akan terus menerus melakukannya sehinggakan d'penghujungnya kita sendiri yg akan menanggung akibatnya..nauzubillahimin zalikh..mohon d'jauhkan..
Selagi hidup d'kandung badan,beristighfarlah dan sentiasalah memohon keampunan dan berdoa mudah2an Allah menerima taubat kita.Bagi ana "tangisan" bagi s'orang hamba itu perlu untuk m'ekspresikan tanda kejiwaan kita memohon keampunan atas salah dan silap yg kita lakukan pada masa lampau.Tangisan air mata ini sebenarnya sgt b'harga dan percayalah dengan tangisan kita akan lebih terasa didalam hati.Menangislah sepuas2nya di hadapan Sang Pencipta ketika berdoa dan untuk merasai kenikmatan tangisan itu,tangislah tika "sepertiga malam" kerna pada waktu itu kita akan lebih dekat padaNya~~
“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan . Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan. Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua
Buat sahabat,renungilah kalimah2 di atas,dan insyallah mudah2an kita sentiasa muhasabah diri.Dosa kadangkala mendidik diri kita dan percayalah perkara khilaf pada masa lampau itu sebenarnya memberi kekuatan untuk kita berubah dan b'hijrah untuk kembali tidak melakukannya lagi.Mudah2an kita akan sentiasa menjadi yg lebih baik sebab syurga yg Allah janjikan itu hanya untuk golongan yg selayaknya.Renungan untuk diri ana juga yg sentiasa membuat khilaf..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan