Jumaat, 11 Jun 2010

~lirikan mata ...


“Pandangan mata itu laksana anak panah beracun daripada anak panah iblis.Sesiapa menahan pandangannya daripada keindahan-keindahan wanita,maka Allah mewariskan kelazatan beribadat di dalam hatinya...”

Mata merupakan salah satu anugerah Allah yang tidak ternilai buat hamba2Nya.Betapa Maha suci Allah menciptakan mata untuk memudahkan pergerakan buat hamba2Nya.Namun tidak semua berpeluang menikmati “anugerah” ini dan ada di antara mereka yang tidak mampu merasainya sejak dari lahir lagi. Sesungguhnya tiap2 kejadian itu pasti ada hikmahnya,bukan Allah tidak sayang pada mereka yang tidak dapat menggunakan pancaindera(buta) ini,tapi Allah lebih menyayangi mereka lagi.Bahkan kemungkinan mereka lebih mulia dari kita kerana mereka menggunakan “mata hati” untuk melihat berbanding manusia normal macam kita.Teringat ana satu kisah yang ana baca dari buku “jadilah wanita paling bahagia” yang dikarang oleh Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni(one of my admire instead of ustaz pahrol n H.M. tuah~~)

Kisah ini m’ceritakan seorang lelaki yang buta,namun hidupnya sangat bahagia disamping isterinya yang menyintainya dengan tulus,anaknya yang taat dan rakannya yang sangat jujur.Satu2 nya yang menjadi kekurangan kebahagiannya adalah kegelapan yang diharunginya.Dia b’harap sua2 hari nanti,dia dapat melihat cahaya,sehingga dia dapat menyaksikan kebahagiaan di depan mata kepalanya sendiri.Lantas dengan penuh harapan dia segera b’jumpa dengan pakar mata untuk memulihkan penglihatannya dan akhirnya dia bertemu juga dgn ubat yang mampu mengubatinya.Selepas beberapa hari,dia dapat melihat cahaya kembali dan bearsa begitu gembira.Lalu dia segera untuk memberitahu isterinya dan alangkah kecewanya seorang zaujun(suami) apabila melihat isterinya yang taat itu sedang b’madu kasih dengan sahabat baiknya sendiri.Betapa luluhnya hati lelaki itu tadi.Selanjutnya dia pergi kebilik anaknya di sebelah dan mendapati anaknya sedang membuka peti besi dan mencuri hartanya.Dengan perasaan seribu penyesalan dia b’jumpa kembali dengan pakar mata itu dan memberitahu bahawa ini bukanlah terapi mata tetapi sihir yang gila..Kemudian dia mengambil paku dan membutakan matanya balik dengan harapan kebahagiaan yang dulu akan kembali semula~~wallahualam..

Di sebalik kisah yang tersirat ni,kebutaan yang sesungguhnya adalah buta hati~~~biarlah mata buta tapi jangan biar hati kita buta.kalau “hati sudah buta” dunia ini terasa begitu indah d’mata.Jagalah pandangan mata kerana bila mata mula menyihir hati akan mula terusik(ingatan buat ana juga)~~ ”pandangan mata selalu menipu ,pandangan hati i2 yang hakiki” bak kata hijjaz dalam lagu pandangan mata...wallahualam..