Rabu, 30 Jun 2010

Bilakah DOAKU akan dimakbulkan?


Apabila Allah cepat makbulkan doamu,maka dia menyayangimu..

" Dan apabila hamba2ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka(beritahu mereka);Sesungguhnya Aku sentiasa hampir(kepada mereka);Aku perkenankan permohonan org yg berdoa apabila dia b'doa padaKu.Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka b'iman padaKu supaya mereka menjadi baik serta benat"(al-baqarah;186)

Apabila Dia lambat makbulkan doamu,Dia ingin mengujimu....

Menurut al-khatabi;"Jika Allah tidak m'jawab doa s'seorang,Dia akan memberikan kepadanyai ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan atau menggantinya dengan pahala"

Menurut hukama; "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan,sedangkan sebenarnya ia d'makbulkan melebihi daripada apa yg d'pohon,atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang d'pinta,atau d'beriakn ganjaran pada hari kiamat"

Apabila Dia tidak makbulkan doamu,maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu..

"Boleh jadi kamu benci pada sesua2 padahal ia baik bagimu,dan boleh jadi kamu suka pada sesua2 padahal ia buruk bagimu.Dan ingatlah,Allah jua Yang Maha Mengetahui(semua i2)(al-baqarah;216)

Oleh itu,sentiasalah bersangka baik pada Allah..

"Aku bersama sangkaan hambaKu terhadap Ku,maka bersangkaan tentang-Ku apa sahaja apa yang kamu ingini"~hadis Qudsi.

(mufakkiratul mukminah)~~

Selasa, 29 Jun 2010

Cintailah rasul kita..




Hayatilah kisah kewafatan rasulullah SAW..Betapa sayangnya baginda pada umatnya sehinggakan saat2 detik kematian baginda pun masih teringatkan umatnya.Sujud syukur padaNya kerana mengurniakan rasul utusan terakhir yang begitu penyayang dan pengasih pada umatnya.Buat umat akhir zaman,perbanyakkanlah selawat padanya dan mengikuti segala sunnahnya sebagai tanda cinta dan kasih kita pada Nabi Muhammad SAW.Akhirulkalam..syukur padaNya kerana kita lahir sebagai umat Nabi Muhammad,sebaik2 ummah~~

Isnin, 28 Jun 2010

~jom jadi anak soleh.







Lagu sudirman nie sangat2 menyentuh hati sanubari ana.Hati mana yang tak tersentuh dengar lagu macam ni(kredit tuk arwah sudirman sebab dapat dedicate lagu yang besh ni)..alhamdulillah~mudah2an banyak lagi lagu2 yang boleh menyedarkan kita.Bercuti di rumah merupakan xperience yang plg bez sebagai pelajar mahasiswa sebab waktu cuti inilah kita dapat rehat cukup2..(pose dari belajar..ye kew??)..Selalunya seharian kita akan hadapi schedule life yang sama bangun pagi lecture,tutorial,assignment pas2 balik bilik rehat.malam pula sambung stadi dan buat preparation untuk esoknya.Memang komitmen sebagai seorang pelajar itu sangat penting tapi jangan kita sesekali lupa pada tanggungjawab sebagai seorang anak.

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Riwayat Ibnu Majah)

Hadith diatas menunjukkan betapa pentingnya redha seorang ibu dan ayah terhadap anaknya.sahabat yang ana kasihi,jasa ibubapa kita amatlah besar dan tiada tandingannya.'Mereka' sanggup memegang amanah(anak) yang d'beri dan cuba sebaik mungkin untuk mencorakkan kita yang pada asalnya ibarat kain putih yang suci.Sejak kita lahir,kita dibelai,dimanja, dan dididik untuk menjadi seorang anak yang soleh.Sewaktu kecil, apabila kita merengek di tengah malam buta, ibu kita dengan rela hatinya terpaksa bersengkang mata untuk memujuk dan memberikan susu. Manakala ayah pula sibuk berusaha untuk mencari nafkah untuk memastikan hidup kita sentiasa selesa.

Lihatlah betapa besarnya jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kita. Apakah tindakan kita yang sewajarnya untuk membalas jasa mereka ini? Pernahkah selama ini kita membuatkan mereka kecil hati? Sesungguhnya ingatlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Derhaka kita kepada mereka bererti derhaka kita kepada Allah Taala. Taatilah mereka selagi mana tidak bercanggah dengan hukum Islam. Berusahalah membahagiakan mereka. Sentiasalah berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya doa daripada anak-anak yang soleh inilah yang akan menerangi kehidupan mereka di alam barkzah nanti. Ingatlah suatu hari nanti kita juga bakal menjadi ibu dan ayah dan kita pasti akan mengharapkan agar dikurniakan anak-anak yang soleh sepertimana harapan ibu dan bapa kita juga.

“Beribadahlah kalian kepada Allah dan janganlah mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua … .” (An Nisa’ : 36)

“Dan Kami wajibkan manusia untuk berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kalian kembali lalu Aku khabarkan kepada kalian apa yang telah kalian kerjakan.” (Al Ankabut : 8)

(buat ayahanda shaari ismail dan ibunda norsham katan,anakanda ingin memohon seribu kemaafan andai tersalah dan silap kata dan syukran jazilan kerana telah mendidik dan membesarkan anakanda dengan sebaiknya.Anakanda doakan ayahanda dan ibunda sentiasa d'bawah rahmatNya dan doakan anakanda berjaya didunia dan akirat...halalkan makan minum anakanda..)

p/s ; hormatilah ibubapa kita selagi mereka masih ada di dunia ini..(jom jadi anak soleh)~~~

Rabu, 23 Jun 2010

sihat sebelum sakit..


Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana masih diberikan kekuatan untuk ana berkongsi bicara.Disebabkan agak sibuk dengan exam pada minggu ini ditambah pula dengan keadaan diri yang tidak begitu menyenangkan post ana tergendala sebentar.Sepanjang week exam macam2 alkisah dan dugaan yang ana hadapi.Namun ana tetap anggap “ia” sebagai ujian dan tanda Allah sayang pd hambaNya.Lagu Raihan (demi masa) mengingatkan ana pada nikmat yg d’beri olehNya.

“ingat lima perkara sebelum 5 perkara; sihat sebelum sakit,muda sebelum tua,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit,hidup sebelum mati”~~~(menusuk kalbu ana..=) )

“sihat sebelum sakit”...~~~manusia bila d’beri nikmat dia akan b’syukur,namun bila d’tarik nikmat dia akan kufur.Begitulah sifat lumrah manusia dan pada hakikatnya memang kita suka sesuatu yang senang dari yang susah.Nikmat kesihatan yang Allah beri pada kita kadang2 d’persia2kan begitu saja tanpa apa2 manfaat dan apabila d’uji dengan sakit kita mengeluh.nauzubillah~sahabat yang ana kasihi,ketahuilah sesungguhnya “sakit” yang Allah beri itu adalah ujian buat kita dan pengampunan dosa drNya.Sakit yang Allah bagi dekat kita di dunia ini sikit sahaja jika hendak d'bandingkan kesakitan yang bakal kita alami d'dunia akhirat kelak.Percayalah dengan janji Allah tiap2 penyakit i2 ada penawarnya.Ana ada seorang sahabat yang menghidapi barah dan hamba Allah ini sangat tabah melalui liku2 hidupnya.walaupun terpaksa menangguhkan pengajian medic di um selama 2 tahun utk m’jalani chemotherapy namun ana tahu dia tabah m’hadapinya~(Insyallah..ana tahu dia kuat..be strong ya..).Tersentuh ana pada satu hadith nabi yang meriwayatkan tentang sepanjang s’seorang itu d’timpa sakit,Allah akan mengampuni dosa2nya.Lihat betapa Allah Maha Pengasih pd hamba2Nya..kita??...Sebab ana yakin apa yang datangnya dr Allah semuanya baek2 belaka dan ada hikmah yang tersendiri.Cuma manusia perlu menggunakan akal yang d’beri untuk berfikir dengan sebaik2nya,..Link bawah ni ana dpt dari i luv islam dan mudah2an dpt d’kongsi bersama akhi wa ukhti~~(simple words from me)~~


iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Jumaat, 18 Jun 2010

~Madah pengubat hati yang lara..~






“Hapuslah air matamu dengan b’prasangka baik kepadaNya,buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu”

“Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan b’tindih-tindih menghimpit anda,ucapkanlah Laa ilaha Illallah”

“Allah menyukai orang yang suka bertaubat kerana mereka kembali kepadaNya” dan mengadukan perihal padaNya”

“ Terkadang Allah memberi nikmat kepada satu golongan sesudah cubaan yang besar dan menguji golongan yang lain sesudah memberi nikmat”

“Berhentilah dari merenungi dosa ,tetapi renungilah amalan yang baik sebagai penggantinya”

“Percayalah bahawa kebahagiaan adalah seperti mawar yang d’tanam.Tidak langsung tumbuh sebaik d’tanam tetapi ia pasti akan tumbuh”



~p/s;kadangkala diam itu lebih baik dari berkata-kata~

Jumaat, 11 Jun 2010

~lirikan mata ...


“Pandangan mata itu laksana anak panah beracun daripada anak panah iblis.Sesiapa menahan pandangannya daripada keindahan-keindahan wanita,maka Allah mewariskan kelazatan beribadat di dalam hatinya...”

Mata merupakan salah satu anugerah Allah yang tidak ternilai buat hamba2Nya.Betapa Maha suci Allah menciptakan mata untuk memudahkan pergerakan buat hamba2Nya.Namun tidak semua berpeluang menikmati “anugerah” ini dan ada di antara mereka yang tidak mampu merasainya sejak dari lahir lagi. Sesungguhnya tiap2 kejadian itu pasti ada hikmahnya,bukan Allah tidak sayang pada mereka yang tidak dapat menggunakan pancaindera(buta) ini,tapi Allah lebih menyayangi mereka lagi.Bahkan kemungkinan mereka lebih mulia dari kita kerana mereka menggunakan “mata hati” untuk melihat berbanding manusia normal macam kita.Teringat ana satu kisah yang ana baca dari buku “jadilah wanita paling bahagia” yang dikarang oleh Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni(one of my admire instead of ustaz pahrol n H.M. tuah~~)

Kisah ini m’ceritakan seorang lelaki yang buta,namun hidupnya sangat bahagia disamping isterinya yang menyintainya dengan tulus,anaknya yang taat dan rakannya yang sangat jujur.Satu2 nya yang menjadi kekurangan kebahagiannya adalah kegelapan yang diharunginya.Dia b’harap sua2 hari nanti,dia dapat melihat cahaya,sehingga dia dapat menyaksikan kebahagiaan di depan mata kepalanya sendiri.Lantas dengan penuh harapan dia segera b’jumpa dengan pakar mata untuk memulihkan penglihatannya dan akhirnya dia bertemu juga dgn ubat yang mampu mengubatinya.Selepas beberapa hari,dia dapat melihat cahaya kembali dan bearsa begitu gembira.Lalu dia segera untuk memberitahu isterinya dan alangkah kecewanya seorang zaujun(suami) apabila melihat isterinya yang taat itu sedang b’madu kasih dengan sahabat baiknya sendiri.Betapa luluhnya hati lelaki itu tadi.Selanjutnya dia pergi kebilik anaknya di sebelah dan mendapati anaknya sedang membuka peti besi dan mencuri hartanya.Dengan perasaan seribu penyesalan dia b’jumpa kembali dengan pakar mata itu dan memberitahu bahawa ini bukanlah terapi mata tetapi sihir yang gila..Kemudian dia mengambil paku dan membutakan matanya balik dengan harapan kebahagiaan yang dulu akan kembali semula~~wallahualam..

Di sebalik kisah yang tersirat ni,kebutaan yang sesungguhnya adalah buta hati~~~biarlah mata buta tapi jangan biar hati kita buta.kalau “hati sudah buta” dunia ini terasa begitu indah d’mata.Jagalah pandangan mata kerana bila mata mula menyihir hati akan mula terusik(ingatan buat ana juga)~~ ”pandangan mata selalu menipu ,pandangan hati i2 yang hakiki” bak kata hijjaz dalam lagu pandangan mata...wallahualam..

Rabu, 9 Jun 2010

~ilmu penyuluh hidup..




Ilmu dianggap sebagai pelengkap dalam kehidupan muslim.Tanpa ilmu pengetahuan,hidup di dunia ini seperti tiada arah tujuan dan matlamat yang pasti.Pernahkah kita terfikir “life without knowledge”??..ibarat telur di hujung tanduk..hidup akan mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.Ilmu ibarat kebal atau perisai yang akan menjadi pelindung bagi diri.Ana suka bila berbicara tentang ilmu sebab bagi ana ilmu pengetahuan Allah ini amatlah luas sehingga hukama’ ada mengatakan “tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad”.Dari sini kita dapat lihat betapa pentingnya ilmu itu dan ia tidak akan habis sampai bila2.Sejak dari kecil lagi kita didik oleh ibubapa untuk belajar dari tadika,sekolah rendah,menengah,universiti dan sampai kita pun berkeluarga dan peroleh zuriat..proses yang sama akan berlaku..Sejak mula kita dilahirkan pun,kita telah mula belajar satu kalimah suci Allah di telinga kanan dengan azan(satu kalimah yang mengajak kepada Tuhan dan mengajak kepada kejayaan.),.

Khususnya dalam menuntut ilmu ini,subjek “membaca” sangat d’tekankan dalam islam tentang kepentingannya.Sedangkan kalimah pertama yang d’turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah “IQRA” (bacalah).Ini bermakna Allah tidak memulakan komunikasiNya dengan ummat Nabi Muhammad dengan kalimah ‘sujudlah” atau “ingatlah” atau “berjuanglah”.Sebaliknya Allah memilih kalimah “bacalah”.Pasti ad maksud tersirat di sebalik kejadianNya.tepuk dada tanya iman sahabat..
Ana ingin berkongsi satu hadis yang berkaitan tentang ilmu dan manusia.Dalam sebuah hadis sahih(riwayat al-Bukhari no 79 dan muslim no 6093),Rasulullah telah membuat satu perumpamaan tentang hidayah dan ilmu.hidayah dan ilmu(ibarat hujan lebat yang turun ke bumi)..manusia(ibarat tanah bumi).Kemudian Rasulullah membahagikan tanah ini kepada 3 jenis

Jenis pertama; Di antara tanah itu ada yang suci dan baik boleh menerima air,lalu tumbuhlah rumput2 yang banyak diatasnya

Jenis kedua ; Di antara tanah itu pula ada yang tidak menumbuhkan tanaman,ia menakung air maka dengannya Allah memberikan manfaat kepada orang ramai,mereka minum dan b’cucuk tanam.

Jenis ketiga; Hujan menimpa tanah ini,namun ia hanyalah tanah yang gersang,tidak mampu menakung air dan tidak pula dapat menumbuhkan rumput.

Apa signifikasi bagi jenis2 tanah diatas??bagi jenis tanah pertama ia menggambarkan golongan manusia yang memerima ilmu dan hidayah dari Allah s.w.t lalu beramal dan manfaatkan untuk diri mereka sendiri serta untuk kemanfaatan orang lain dengan menyebarkannya.Bagi jenis yang kedua,ia menggambarkan golongan yang juga baik.walaupun mungkin mereka tidak begitu mengambil faedah dari ilmu itu,tapi berjaya menyebarkan pada orang lain.Dan jenis yang ketiga,golongan ini langsung tidak mahu menuntut imu,dirinya juga tidak memberikan apa2 manfaat kepada orang lain.

Jadi para sahabat yang ana kasihi,tanah jenis apakah kita ini??adakah tanah yang pertama?kedua?atau ketiga..Ana b’harap kita semua akan m’jadi jenis tanah yang pertama yang sentiasa mendambakan ilmu Allah,beramal dengannnya dan menyampaikan pada orang laen.Dats da best way of life~~~Hadis itu sudah cukup untuk kita semua “termenung sambil melihat “hujan” menimpa “tanah”..akhirulkalam..teringat ana satu hadis yang mengatakan sampaikanlah ilmu itu walaupun sepotong ayat.insyallah kita amalkan dalam hidup..ISLAM IS DA WAY OF LIFE~~~wallahualam..