Khamis, 29 Julai 2010

khusyu' di dalam solat..




"BAGAIMANA WUDHU ZAHIR DAN BATIN???".....


Wudhu zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air.Sementara wudhu batin ialah membasuh hati dari 7 perkara ;


~Bertaubat

~Menyesali dosa yang telah dilakukan

~Tidak terlalu cintakan dunia

~Tidak mengharapkan pujian dari org lain

~Tinggalkan sifat riak

~Tinggalkan sifat khianat dan menipu

~Meninggalkan sifat dengki


"Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan seolah2 aku sedang berhadapan dengan Allah,syurga di sebelah kananku,neraka di sebelah kiriku,malaikat maut berada di belakangku,dan aku bayangkan pula seolah2 berdiri di atas titian siratul mustaqim dan menggangap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.Kemudia aku berniat dan bertakbir dengan baik"


~mufakkiratul mukminah~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan