Jumaat, 27 Ogos 2010

~kasihnya Bonda...




Kasihnya ibu membawa ke syurga..Sebagai anak yg soleh dan solehah,kita seharusnya sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.Tanpa ibu,ummi,emak tiadalah kita diatas muka bumi ini untuk merasai hembusan nafas sebagai insan dan manusia yg berguna(insyallah..)~~Sudah lama ana tidak bermadah di blog,alhamdulillah akhirnya berkesempatan juga ana untuk m'update "bicara hati srikandi"..Sebagai seorang srikandi islam atau lebih sinonim agi wanita,naluri sebagai seorang ibu itu mmg sentiasa berada dalam diri.Menjadi seorang ibu yg sentiasa m'didik dan menyayangi anak2nya bukan mudah dan ia memerlukan persediaan mental,rohani dan fizikal.Hanya yang selayaknya dpt menjaga anak yg d'berikan sbg amanah Allah d'muka bumi ini dengan sebaiknya.Sujud syukurlah padaNya kerana mengurniakan kita seorang ibu yg sentiasa menyayangi kita dan tidak jemu untuk m'tarbiyah kita kearah untuk menjadi muslim yg soleh dan solehah,...(syukran untuk ibunda ana yg telah b'susah payah dan mengerahkan keringat untuk m'didik 6 orang cahaya mata yg bermacam2 kerenah..~termasuk ana..=)..)..anakanda akan sentiasa menghargai jasamu bonda dan segala pengorbanan yg tidak mampu d'balas insyallah dibalas olehNYA..




Teringat ana di zaman keanak-anak'an dulu,bonda akan sentiasa mendahulukan anak2nya terlebih dahulu.Kemudian baru uruskan halnya .Tika anaknya yg masih kecil itu merengek untuk meminta sesuatu,pasti akan d'belinya untuk memuaskan hati anaknya.Betapa sayangnya bonda pada anak2nya.Bonda selalu b'pesan "suatu hari nnti ain juga akan menjadi seorang ibu dan akan merasai perasaan sebagai seorang ibu..dan pada masa itulah ain akan tahu keadaan yg sebenarnya.."insyallah bonda ain akan sentiasa sematkan kata2 keramat itu dlm qalbi~`..baru2 ini ana ada terbaca artikel tentang pengorbanan seorang ibu dan ia sgt menyentuh hati..ana harap sahabat juga dpt merasai dari kisah ini..

kASIH IBU MAMA EMAK BONDA MUM.. Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.Si ibu menyambut dengan senyum meleret.Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.


Masa terus berlalu…Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah.




Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu… “Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. ”Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. ”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” ”Bila?” tanya si anak. “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.Hari yang ditunggu tiba akhirnya.

Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. “Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayahtemui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.

Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya

Jumaat, 6 Ogos 2010

Ahlan wa sahlan ya ramadhan~~

Ahlan wa sahlan ya
Ramadhan..tinggal lagi beberapa hari aje lagi kita akan meninggalkan bulan syaaban dan Ramadhan akan menjelma pula..macam2 perasaan ada gembira,sedeyh,takut dan risau..Ramadhan merupakan bulan yg d'muliakan Allah dan ana sgt2 berharap mudah2an ramadhan kali ini akan membawa kita ke paradigma dan perubahan yg lebih baik.Sempena menantikan ketibaan ramadhan yg d'tunggu2 ana nak kongsi bersama fadilat d'bulan ramadhan sebagai preparation tuk kita m'hadapinya.Ana doakan ramadhan kali ini akan lebih bermakna dengan amalan2 kebajikan dan ibadah yg d'redhaiNya..amin..



Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya.
Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan syiyam dan membaca kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fukara dan masakin. Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambunglah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarkannya.

Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertobatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih. Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjangkan sujudmu.Ketahuilah! Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri dihadapan Rabb Al-'Alamin.

Wahai manusia! Barangsiapa diantaramu memberi buka kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka disisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.(Sahabat-sahabat bertanya:" Ya Rasulullah!Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan:)Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan ahlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.Barang siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat. Barang siapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan solat fardhu baginya adalah ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu dibulan yang lain.Barang siapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.

Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain.Wahai manusia! sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?" Jawab Nabi:Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".Marhaban Ya Ramadhan kareem..

~sumber; sahabat~~

Khamis, 29 Julai 2010

khusyu' di dalam solat..




"BAGAIMANA WUDHU ZAHIR DAN BATIN???".....


Wudhu zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air.Sementara wudhu batin ialah membasuh hati dari 7 perkara ;


~Bertaubat

~Menyesali dosa yang telah dilakukan

~Tidak terlalu cintakan dunia

~Tidak mengharapkan pujian dari org lain

~Tinggalkan sifat riak

~Tinggalkan sifat khianat dan menipu

~Meninggalkan sifat dengki


"Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan seolah2 aku sedang berhadapan dengan Allah,syurga di sebelah kananku,neraka di sebelah kiriku,malaikat maut berada di belakangku,dan aku bayangkan pula seolah2 berdiri di atas titian siratul mustaqim dan menggangap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.Kemudia aku berniat dan bertakbir dengan baik"


~mufakkiratul mukminah~

Khamis, 22 Julai 2010

~islam is da way of life..



~Today is friday.the greatest day and wonderful day for us as a muslim.Praise to Allah as He Always guide n give bless to us..Alhamdulillah.Something i want to share with all my beloved akhi and akhawat.Nowadays people outside known muslim as terrorist,violence,bad-hearted but all this is called "ghazwatul fikr".This is all the tactics to make us look like a bad population. But in reality,all muslim have the reason as we want to defend our religion and obey to our creator.As stated in the Quran..islam is the only "addin" which is accepted.no others religion is accepted except islam.So as a mukmin and khalifah,we all have the responsibility to lead others to the truth path.Show them that islam is always the best addin..i think this link is good for me to share wif u..~~wallahualam...islam is da WAY of life..



http://fc01.deviantart.net/fs71/f/2010/201/c/0/Because_he_is_a_muslim____by_Nayzak.swf




Sabtu, 17 Julai 2010

Gaya hidup sihat secara islam~~




Sekian lama meninggalkan kalam ni akhirnya dengan kekuatan rohani dan fizikal dapat jugak ana b'madah bicara kat sini.seminggu sudah berlalu sebagai 2nd year dan akak2 pada junior banyak memberikan experience.Penat lelah sume ada..tapi itu sumenya adalah tarbiyah untuk mendidik diri.Anugerah tubuh badan yang Allah kurniakan pada kita seharusnya d'jaga dengan amanah samaada dari segi zahir atau batin.Insyallah jagalah dengan rapi,jika rasa kekosongan dalam diri..berilah makanan pada "rohani" dengan mengikuti mana2 majlis ilmu..pasti anda akan temui k'ajaiban selepas itu..carilah ilmu Allah dan insyallah dalam kalamullah sendiri ada tertulis Allah akan sentiasa memberi hidayah dan petunjuk bagi hamba2nya yang inginkan kefahaman dalam m'dalami ilmu addin~~

Sebagai seorang pelajar p'jagaan dan amalan gaya hidup yg sihat juga boleh memberi impak pada diri kita.Oleh itu,sahabat yg ana kasihi jom ramai2 kita amalkan gaya hidup sihat secara islam.Ana ingin b'kongsi dengan antum sume panduan kesihatan secara islam....

Cara tidur yang sebaik2nya Diamalkan oleh Rasulullah s.a.w ;

~tidurlah di awal malam sesudah menunaikan solat isya' jam 10 atau 11 dengan
keadaan b'wudhu
~bangkitlah awal separuh ke-2 malam jam 2 atau 3,kemudian b'sugi,b'wudhu dan
qiyamullail
~tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan,rusuk kiri d'bahagian
atas,supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus dan cepat proses p'hadaman

waktu2 yang tidak d'benarkan tidur ;

~awal2 pagi setelah terbit matahari
~selepas masuk waktu asar
~tidur d'bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh badan

Larangan dan peraturan selepas makan ;

~dilarang tidur selepas makan kerana m'datangkan keras hati
~hendaklah b'jalan selepas sekurang2nya 40 langkah
~sebaik2 hendaklah sembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam

sambungan........

Sabtu, 10 Julai 2010

wanita..


Tuhan berkata;

"Ketika Aku menciptakan s'orang wanita,ia d'haruskan m'jadi seorang yang istimewa.Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,namun,harus cukup lembut untuk memberikan keselesaan"

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak2nya.

"Aku memberikannya kekerasan untuk membuatnya tetap tabah ketika orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan p'deritaan dan kelelahan tanpa mengeluh"

"Aku memberikannya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"

"Aku memberikannya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa s'seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadangkala menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya,Aku memberinya air mata untuk d'titiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk d'gunakan bila2 masa ia perlu
"


~Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana d'situlah pintu hatinya-tempat d'mana cinta itu ada~~

p/s ; Renung2kanlah setiap wanita..betapa istimewanya anda d'sisi Tuhan..betapa b'harganya s'orang wanita.Lakukan apa yg d'suruh dan tinggalkan apa yg d'larang..Insyallah tempat anda "disana"

~mufakkiratul mukminah~

Isnin, 5 Julai 2010

~minuman sunnah nabi..



alhamdulillah..minggu ni akhirnya sekian lama b'istirehat dekat umah..tiba juga ana di um untuk meneruskan misi pengajian ilmu Allah~~walaupun pada hakikatnya terpaksa balik awal dan korbankan masa untuk berbakti pada fakuti.insyallah mak ana slalu b'pesan niat baik insyallah Allah sentiasa m'bantu hamba2Nya.Memandangkan ana sekarang ondaway "membedah" buku denyut kasih medik nie,ada beberapa info yang membuatkan ana tertarik untuk b'kongsi dengan sahabat sekalian.

Apa yang sahabat sume ambil time breakfast time.??Kadangkala kita sudah terbiasa dengan adat bangun pagi kita akan makan nasi lemak,kuih muih,nasi goreng dan mi.Sumenya sudah m'jadi kebiasaan.Apa reaksi kita apabila kita d'beri buah kurma,buah tin,aprikot dan kismis?Set makanan seperti itu yang biasanya d'temui sebagai hidangan jemaah haji di mekah..Selain itu terdapat juga minuman iaitu air yang berwarna agak kekuningan~~(air madu).Sudah semestinya kita berasa janggal untuk d'ambil sebagai alas perut d'pagi hari..Namun pada hakikatnya sahabat,air madu merupakan minuman yang sunnah dan terbukti dengan kehebatan madu itu sendiri sehingga Allah sendiri ada menyebutnya di dalam Al-Quran.

INFO PERUBATAN SUNNAH

Antara dalil tentang khasiat madu ;

"Kemudian makanlah dari tiap2(macam) buah2an dan tempuhlahjalan Tuhanmu yg telah d'mudahkan(bagimu).Dari perut lebah itu keluar minuman(madu) yang b'macam2 warnanya di dalamnya terdapat pelbagai2 ubat yang menyembuhkan bagi manusia.Sesungguhnya pada demikian itu benar2 terdapat tanda2 (kebesaran Tuhan) bagi org yang m'mikirkan.
(16;69)

Daripada Abdullah bin Mas'ud,Rasulullah S.A.W b'sabda;
'Hendaklah anda berubat dengan dua jenis ubat iaitu madu dan AL-Quran"


Ibnu AL Qayyim menyatakan,madu mempunyai banyak faedah.Ia dapat m'bersihkan kotoran yg terdapat di dalam urat2 saraf,usus dan lain2.Ia juga dapat memecahkan lendir2,jikan d'makan dan d'lumur pd badan dan sangat mujarab untuk org2 tua dan pesakit balgham.

p/s ; ~kerja doktor ni,jalan ke syurga jelas sebab banyak tolong orang n b'gantung juga pada niatnya..renung2kan dan selamat beramal~~