Isnin, 31 Mei 2010

~Jihad fi sabilillah..









~~MISI MURNI "FLOTILA KEBEBASAN" UNTUK MENGHANTAR BANTUAN KEPADA RAKYAT GAZA
TIDAK MAMPU DICAPAI,NAMUN SEBENARNYA MEREKA TELAH BERJAYA...
MEREKA BERJAYA MEMBERIKAN MESEJ KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA
BAHAWA ISRAEL ADALAH JAHAT..(LAKNATULLAH),...~~

~RENUNGILAH ; SETIAP KEJADIAN PASTI ADA HIKMAHNYA DAN ALLAH AKAN MEMBANTU HAMBA2NYA FI SABILILLAH~~



~~RINTIHAN SEORANG HAMBA~~

"Ya Allah kau bantulah saudara2ku yg berada di bumi palestin..
Engkau selamatkanlah mereka dr rejaman zionis laknatullah..
Hanya kepadamu tempat hambamu meminta pertolongan..
Sesungguhnya jihad di jalan Mu merupakan cita2-ku..
Engkau berilah kekuatan pd barisan mujahid fi sabilillah..

Amin ya rabbal alamin..

~~~INSYALLAH ISLAM AKAN BANGKIT JUA AKHIRNYA..ALLAHUAKBAR~~

Sabtu, 29 Mei 2010

Adakah taubatku diterima??




"Janji Allah itu pasti"....seorang hamba yg lemah pasti bnyak melakukan dosa dan khilaf.Namun bagiNya pengampunan utk hamba2Nya sentiasa tebentang luas..sumenya b'gantung pd insan yg b'gelar hamba utk bertaubat ataupun sebaliknya..teringat ana pepatah melayu ada mengatakan "sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya".mmg kdg2 terkena gak pd ana.tp tiada insan yg sempurna di dunia ini,cuma kita kena b'usaha utk m'jadi sempurna..to da way of dats~~insyallah.

Ada 4 tanda bahawa taubat i2 telah d'terima;

>~Putus hubungan dgn kawan2-nya yg tidak baik,dan b'sahabat dgn org solihin
~Berhenti melakukan maksiat dan rajin melakukan ketaatan.
~Hilang rasa kesenangan pd dunia di hatinya,dan ingat selalu kesusahan di
dunia yg fana ini
~Percaya pd jaminan Allah dlm soal rezeki,lalu sibuk mengerjakan perintah
Allah

~~Sesungguhnya Allah kasih pd orang yg bertaubat~~

Khamis, 27 Mei 2010

~sahabat sejati..(2)




Berpesan Al Qomah kepadanya, "Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut:

1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.

3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.

4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.

5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.

6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.

7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.

8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.

9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.

10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu
.



~sahabat sejati...(1)


" Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya.... Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya.... Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya.... Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya.... Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna... Tapi bersahabatlah kerana Allah.."

Selasa, 25 Mei 2010

~~Wajah-wajah mayat di dalam Kubur:


Wajah-wajah mayat di dalam Kubur:

1. Mayat yang mukanya berpaling dari kiblat. Itulah petanda semasa hidupnya telah melakukan syirik kepada Allah.
2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu atau tidak menjaga solat.
3. Mayat yang kepalanya menjadi batu hitam legam. Itulah tanda semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah tanda semasa hidupnya suka makan harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya. Itulah tanda semasa hidupnya suka berkelahi, gossip dan mengumpat orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya yang baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah tanda orang yang suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya senyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya sukakan ilmu dan beramal soleh.

Jumaat, 21 Mei 2010

~Berfikir sambil berzikir..



~~Mari b'fikir sambil berzikir memuji kebesaranNya kalau kita perhatikan pokok2 buah-buahan,kita akan pelajari sesuatu d'sebalik p'ciptaan Allah ini.Cuba kita fikirkan pokok buah2an yg b'macam2 jenis contohnya pokok pisang,manggis,tembikai n laen2 tumbuh d'atas tanah yg sama.sejak dari sekolah rendah kita d'ajar dalam subjek sc(T'ingat lak mase kanak2 dlu..=)),cikgu sc ana pn fauziah .....~~(ana suka blaja sc time skul rendah dlu sbb suka wat experiment yg d'create sendri,sampai skunk ana still ondaway to be scientist..but the truth biomedical scientist..insyallah)..berbalik pd kisah pokok ini,sesuatu tumbuhan i2 memerlukan air,cahaya,garam galian yg secukupnya utk membesar.Betapa Maha Kuasa Allah,pokok2 ini tumbuh d'atas tanah yg sama,source air yg sama,mendapat cahaya dr matahari yg sama,garam galian dan baja yg sama...tapi aneh rasa buah2 i2 tidak sama skali~~PONDER IT~~~

Kalau kita makan buah pisang dan buah manggis sudah tentu rasanya b'beza sama skali walaupun kedua2 pokok ini d'tanam sebelah antara satu sama lain.padahal sumenya dr tanah yg sama..kita sama2 renungkan Kuasa Allah yg tlh menumbuhkan segala jenis pokok buah2an tetapi dgn pelbagai rasa wlaupun sume bahan utmanya sama~air,tanah,cahaya~~sama..Bukan secara fizikal buah i2 b'beza,tetapi rasanya juga sama..subhanallah..


INGATLAH PEMBERI NIKMAT,JANGAN HANYA TERKESIMA DGN NIKMAT YG D'BERI~~

Isnin, 17 Mei 2010

5 tangisan yg berkualiti~~


~~~salamun alaikh..

alhamdulillah..kali ini ana ingin b'kongsi pula b'kenaan ngan tangisan air mata~(ainun).selepas m'dgr tazkirah dr ustaz fadzillah kamsah(pakar motivasi yg ana admire..=))di astro oasis..~~ad 5 ciri2 yg d'klasifikasikan sebagai tangisan air mata yg berkualiti...

1)tangisan air mata org yang bertaubat..
2)tangisan air mata org yg b'munajat pd Allah. (qiyamullail..)
3)tangisan air mata org yg mengenangkan sunnah rasul.(k'peribadiannya)
4)tangisan air mata org yg syukur dan redha
5)tangisan air mata org yg bahagia



~~mudah2an kita sume dpt input n selamat b'amal..=)wallahualam..

Rabu, 12 Mei 2010

Nasyid oleh Hijjaz : Debu Debu Dosa

Hijjaz - Debu-Debu Dosa
Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkan iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

link kali ni associated dgn artikel pesona dunia yg ana post sebelum ni..Ana harap lagu ini akan m'beri k'insafan pd kita sbg hambaNYA yg b'takwa.mudah2an..amin..~~~

~~pesona dunia...

iLuvislam.com Discover the Beauty of Islam

~~Luahan hati seorang mujahidah..


Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi. Aku mahu jadi wanita yang punya barokah..

~~Hawa...


Salam..kali ni ana ingin b'kongsi pula berkenaan hawa..~~penyeri hidup Adam..

Dalam hidup ini,ALLAH telah ciptakan sesua2 itu secara b'pasangan.Sesungguhnya hanya Allah yg mengetahui hikmah tiap2 sua2 itu d'ciptakanNya..para ulama mengatakan bhawa ketika d'syurga,Adam merasa kesunyian kerana tidak mempunyai teman.Dia pun m'cari2 teman yg dpt duduk b'samanya tetapi tidak ditemui juga.Yang jelas ada hanyalah malaikat dan jin yg b'beza dgnnya.Ketika Adam merasa k'sepian,Allah s.w.t m'buatnya t'tidur sebagaimana yg d'katakan para ulama tafsir,(ibnu kathir).Lalu Allah m'jadikan Hawa dr tulang rusuk kirinya.Sahabat,lihatlah betapa lemah,hina,dan kecilnya kita,manusia.Dan betapa pula kita selalu memerlukan rahmat dan kasih sygNya.pd hakikatnya,inilah asal p'ciptaan manusia dan inilah ibunya.

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”..Kagum ana dgn kata2 ini..pemangkin utk m'jadi mujahidah solehah..insyallah.Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya.Lihat betapa mulianya s'org wanita itu d'sisi Allah..Ana selalu m'doakan sahabat2 ana sentiasa m'dpt mujahid yg sentiasa b'juang didlm hidupnya(terutama my soulmate najwa,..n my sis fatin)..Hidup kita ini adalah utk m'beri,jd ana rasa di dlm sebuah p'kahwinan itu memberi itu lbih baek dr menerima.(b'kongsi satu sama lain)..=)..bak kata ustaz pahrol(one of my s.admire)..cinta yg hakiki itu mestilah b'tunjangkan cinta illahi..insyallah..itu akan lebih b'erti..

Selasa, 11 Mei 2010

~ADAM...


~~Bapa ManusIA..(Adam a.s)~~~
Manusia??apa erti manusia..makhluk ALLAH? Khalifah?orang yg hidup atas bumi..hal ini slalu kita bincangkan dlm usrah ataupn halaqah tentang asal usul kejadian kita.Manusia atau dlm bahasa arab insan(pelupa)..mmg klu nak ikutkan naluri dan fitrah pun kita mmg sering lupa dan lalai jd mmg gelaran ‘insan” tu sesuai tuk kita.Ana sengaja sentuh topik ni memandangkan p’ciptaan manusia ni merupakan satu kejadian yg sgt unik dan tiada siap2pun yg mampu tandingi kehebatan ALLAH( our creator.).subhanallah..Klu adapun yg cuba untuk menandingiNya pasti tidak menjadi.sbg contoh klon manusia yg begitu meluas di negara barat.Sedih ana mengenangkan nasib2 baby yg cuba d’create kan oleh tgn2 manusia yg d’anggap genius.Hasilnya apa jd??baby yg x m’jadi (ad yang cacat,kudung,x complete anggota bdn,)bukankah ini satu penyeksaan utk mereka hidup in da future.tepuk dada tanya iman..


Manusia d’ciptakan tuhan sbg sebaik2 makhluk di atas muka bumi ni.Lihatlah betapa ALLAH maha kuasa menciptakan kita secara kompleks dan detailnya.tidak ada satu pun yg tanpa pengetahuanNya,.Dari dulu hingga kini,teori Charles Darwin sering d’kaitkn dgn human beings(kita la).Manusia itu asalnya dari beruk atau monyet..(kera pon same la gak .same species)..thats the theory is all about.Tapi klu nak ikutkan secara logiknya ia memang b’canggah sama skali.Maybe ada ciri2 monyet d’lihat sama seperti manusia namun secara fikrahnya jelas terang tanpa dengung(mcm blaja hukum tajwid plak)..manusia dan haiwan tidak boleh disamakan sama skali..why i’m said like that because we as human beings is given with mind(akal) compared to the animal.thats the truely different sahabat.B’syukurlah kita kerana d’beri nikmat m’jadi manusia(alhamdulillah).Tapi ana tak cakap jd haiwan tu satu penghinaan atau ape..tiap2 kejadian yg ALLAH cipta tu mulia disisiNYA..~~



Berbalik pd kisah p’ciptaan adam.ALLAH s.w.t telah m’ciptakan adam dr tanah yg melekat(thin lazib),dr lumpur halus(hama’ masnun).Ada juga yg b’kata dr tanah liat(fakhkhar).tanah yg melekat tu d’umpamakan seperti gam.Ketika Adam a.s d’ciptakan ALLAH s.w.t,dia d’biarkan dlm bentuk tanah melekat selama 40 hari,sambil d’biarkan angin masuk dr mulutnya dan keluar melalui duburnya.subhanallah.Lihatlah awal kejadian ini makhluk yg lemah ini.Namun,manusia begitu angkuh di bumi,yg hanya melihat dgn pandangan mata yg terbatas,bukan dgn mata hati sehingga kita b’sikap bongkak dan sombong,seolah2 kita tidak berasal dr tanah liat yg lemah.(~~ponder it)..sama2 kita muhasabah dri balik sahabat.Sebahagian ahli tafsir ad m’jelaskn ketika ALLAH s.w.t m’ciptakan jasad Adam a.s,ALLAH tlh m’biarkn bentuknya seperti seadanya selama 40 hari.Lalu syaitan melaluinya dan melihat jika Adam d’perbuat dr tanah.Kemudian syaitan meniupnya sehingga tanah itu b’goyang.Dari situ syaitan mengetahui bahawa makhluk itu pasti lemah.


Jadi para sahabat,kita sudah tahu asal usul kejadian kita..makhluk itu lemah..sesungguhnya ALLAH itu maha pemurah dan adil..Dia tidak akan sama skali m’biarkan hambaNYA tergapai2 di dunia fana’ ini..hanya iman dan takwa bekalan utk mukmin yg sejati..(Ana nak jd mukmin,tak nak jd muslim~~insyallah)..secara kronologinya hidup ini ibarat jalan raya..klu kita memandu d’jalan raya pasti ad peraturan jln raya yg kita kne patuhi,cthnye had laju,lampu isyarat..apa jd klu kita langgar lampu merah??maybe kita akn kne saman tak pun accident(nauzubillah)..tp sahabat hakikatnya itu yg akan terjadi.ALLAH dah tetapkn segala undang2 dan peraturan dlm kalamullah Al-quran Cuma hanya kita yg yg menentukan hala tuju kita..mudah2an kita mengikut landasan yg betul supaya tidak tersasar..=)..