Isnin, 27 September 2010

jodoh 2;saat lafaz sakinah




Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



~Saat lafaz sakinah...nasyid by Far East..lirik lagu nasyid nie betul2 menyentuh "qalbi" sebagai seorang wanita muslimah insyallah "bakal zaujah".(tapi lambat agi la in da future insyallah kalau panjang umur).Memang setiap insan d'kurniakan dengan "fitrah" itu,namun secara afdhalnya "fitrah" itu perlu d'salurkan pada landasan yg betul supaya tidak tersasar dan menyesal d'kemudian hari.Seperti link yg sebelum ni ana postkan pasal "jodoh"..jodoh Allah itu lebih utama dan selayak2nya.insyallah mudah2an kita semua m'dapat "jodoh" itu..=)





pabila sang teruna(cam cerita dulu kala la plak) bertemu dengan sang dara pilihan hatinya,ikutlah saluran yg betul..jumpalah wali bagi pihak sang dara tadi dan nyatakan hajatnya..(itukan lebih manis dan indah dari berjumpa terus dan meluahkan apa yg terbuku d'hati takut2 terbawa dengan hawa nafsu kan da lain jadinya..nauzubillahimin zalikh)..bak kata akak senior membina "masjid" melalui baitul muslim itu kan lebih manis.."fitrah" itu akan lebih terasa manisnya apabila sang teruna dan sang dara tadi memikul amanah sebagai zaujun dan zaujah dengan baik dan saling melengkapi.Sebab "tatkala saat lafaz sakinah" itu d'lafazkan oleh sang teruna,satu amanah yg "baru" perlu d'pikul olehnya kerna jika dahulu amanah itu d'pegang oleh ibubapa sang dara,kini amanah itu akan d'transformasikan kepada sang teruna yg b'gelar zaujun.Apa yg d'harapkan oleh sang dara yg kini b'gelar zaujah adalah menjadi isteri yg solehah dan taat pada perintah suaminya.~Apa yg ana nak share kat sini pabila "saat lafaz sakinah" itu termetrai bermulalah episod baru dalam hidup sang teruna dan sang dara tadi.apa yg d'harapkan hanyalah untuk membina "masjid" yg sentiasa d'redhaiNya dan dapat melahirkan ummah yg dapat meneruskan jihad islam..insyallah..


~Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah~

~~catatan diatas tidak melibatkan kaitan diri sang penulis...=)...17;17 fi yaumul isnin..



Jumaat, 17 September 2010

jodoh??


JODOH??

Bila berbicara tentangnya,
Pasti dikaitkan antara adam dan hawa,
"Jodoh" pada hakikatnya rahsia Allah,(bak kata my soulm8,najwa)
Semuanya sudah termaktub dlm luh mahfuz,

Hanya Dia yg Maha Mengetahui...
Sesungguhnya Dialah sebaik2 Perancang,
Kadangkala kita hanya merancang,
Tapi pada hakikatnya Dia yg menentukan,
Hanya doa pengharapan pdNya kita panjatkan..

Berbagai2 tafsir bila d'soalkan tentang jodoh,
Namun jodoh yg sebaik2nya,
Haruslah mengikut salurannya yg betul,
Sebab Allah itu Maha Pengasih,
Dialah yg mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya...

~Terdapat 3 jenis jodoh yg dapat ditafsirkan..sama2 kita renungkan..

Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.~mudah2an kita d'jauhkan dari jodoh ini sebab terlalu ramai yg sudah tersilap langkah dan memilih jalan ni..jodoh ini seringkali d'kaitkan dengan cinta yg berlandaskan hawa nafsu semata2..

Yang kedua pula ialah Jodoh Jin. Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.~jodoh ini juga bukanlah jalan yg terbaik untuk m'dapatkan "jodoh" sebab ia bukanlah mengikut saluran yg benar dan sama sekali d'murka Allah.Sesungguhnya Allah amat murka pada hamba2nya yg mensyirikkanNya dan ternyata ia salah d'sisi syariah.

Jodoh yang Ketiga pula ditafsirkan sebagai Jodoh Allah iaitu Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta…" Kamu tidak mengetahui siapa jodoh kamu, lalu kamu istikharah meminta petunjuk dari Allah, lalu Allah kurniakan kamu petunjuk dan kamu bulatkan tekad lalu kamu meminang. Yang dipinang juga beristikharah selepas dipinang, lalu jika dia pun mendapat petunjuk dan bulatkan tekad, lalu menerima pinangan kamu. Langsung kamu bernikah. Lalu kamu jaga keluargamu hingga akhir hayat, lalu kamu menemui ajal.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” ~http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1004. Bertaraf hassan


~wallahualam..~






Rabu, 15 September 2010

soal jawab; inai

Hukum berinai bagi perempuan adakalanya sunat, adakalanya makruh, bahkan adakalanya haram mengikut keadaan, status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara perempuan itu berinai.





Rujukan : Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam


i. Berinai yang sunat

Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.

ii. Berinai yang makruh

Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.

iii. Berinai yang haram

Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram. Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami.


Berinai Dengan Membuat Ukiran Di Tangan


Berinai yang disunatkan bagi perempuan yang bersuami yang ingin melakukan ihram atau tidak dan perempuan yang tidak bersuami yang ingin melakukan ihram ialah dengan cara menginai seluruh tangan hingga pergelangannya dan disunatkan juga menyapu sedikit inai pada mukanya.

Adapun berinai dengan membuat ukiran di tangan pula, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah ada menyebutkan perkara ini di dalam kitabnya, Tuhfah al-Muhtaj ‘ala Syarh al-Minhaj, katanya yang bermaksud:

“Dan tidak disunatkan baginya (perempuan yang bersuami yang tidak melakukan ihram) berinai dengan membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi, bahkan haram melakukan salah satu daripada cara sedemikian bagi perempuan yang tidak bersuami dan bagi isteri yang tidak mendapat keizinan suaminya.”

Berdasarkan petikan di atas, jelas bahawa hukum berinai dengan membuat ukiran bukanlah cara yang disunatkan, bahkan perbuatan itu haram dilakukan bagi perempuan yang tidak bersuami dan juga bagi perempuan yang sudah berkahwin yang tidak mendapat keizinan suaminya. Namun jika suami mengizinkannya, makruh jika isteri melakukan yang sedemikian itu.

Selain daripada membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi juga merupakan cara berinai yang tidak dibenarkan oleh syarak.Walau bagaimanapun menurut Ibnu Rif‘ah Rahimahullah, apa yang dimaksudkan dengan berinai di hujung-hujung jari yang diharamkan itu adalah menginai hujung-hujung jari dengan inai yang berwarna merah dan dicampur dengan yang berwarna hitam.

Jika menginainya hanya dengan inai yang berwarna merah, maka yang sedemikian adalah dibolehkan. Begitu juga dibolehkan ukiran yang dibuat dengan inai (warna merah) sahaja menurut Ibn Qasim al- ‘Abbadi Rahimahullah.


Kesimpulannya, Islam tidaklah melarang umatnya untuk berhias selama mana berhias itu selari dengan apa yang disyariatkan syara‘. Termasuk dalam hal inai, Islam telah memberikan garis
panduan tertentu mengenai cara berinai seperti larangan berinai dengan warna hitam dan waktu yang dibolehkan untuk berinai seperti sunat bagi perempuan berinai ketika berihram.

Ahad, 12 September 2010

~pemuda syahid fi sabilillah..




~link kali ni betul2 menyedarkan diri ana sebagai insan dan hamba yg serba kekurangan.Betapa hebatnya pemuda ini sehinggakan kematiannya d'akhiri dengan husnul khatimah.Si fulan ini menghadap illahi ketika dirinya jihad b'juang dijalanNya dengan berdakwah kepada org ramai.Ana harap sahabat2 semua dapat sama2 mengambil iktibar dari kisah pemuda ini yg syahid ketika giat berdakwah fi sabilillah~~(sumber dari ohislam.com)...

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.
Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.
Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.



Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.
Ketika selepas solat Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.
Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.




PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? Sama-sama kita renungkan.

~raya..maaf zahir dan batin..


~Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerna diriku b'kesempatan juga akhirnya untuk menemui "syawal" pada tahun ini.Walaupun pada hakikatnya hati terasa hiba dan sedih meninggalkan "ramadhan" yg bagiku setiap detik masa d'bulannya begitu berharga untuk d'isi dengan amal ibadah.Namun perjalanan sebagai hamba musafir d'muka bumi Allah ini harus ku teruskan.(no gear reverse...).Tanggal 29 ramadhan,detik2 sebelum "ramadhan" meninggalkanku..terasa hiba sgt d'hati kerna diriku sendiri tidak pasti samada "ramadhan" akan ku temui lagi atau sebaliknya.Jika diriku b'kesempatan,alhamdulillah..Namun,jika ini merupakan "ramadhan terakhir bagiku..hambamu ini risau jika amalan d'bulan barakah ini tidak sempat ku sempurnakan.Hanya padaNya ku serahkan kerna ajal dan maut itu d'tangan Tuhan.Insyallah hari demi hari ku akan sentiasa memperbaiki diri supaya diri ini akan sentiasa b'sedia m'hadap diriMu Ya Rabbi~~


~Hatiku tersentuh bila berbicara tentang ajal dan maut..detik2 sebelum meninggalkan "ramadhan" sahabatku pula meninggalkanku.Sesungguhnya janji Allah itu pasti,setiap yg bernyawa itu pasti akan mati dan akan meninggalkan bumi yg fana ini.Allah lebih menyayanga;idirinya..(al-fatihah tuk arwah syahir )~~ku bermohon mudah2an dirinya tergolong dlm kalangan org yg soleh setelah m'harungi pelbagai2 ujian.Insyallah sesungguhnya setiap saat dirimu mengharungi perit dan sakit(kanser) itu pasti ada penawar dosa.Mudah2an diriku juga dapat m'akhiri hayatku dengan husnul khatimah..sebab itu yg ku inginkan selama ini..Ameen~~


~D'kesempatan ini diriku ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada sahabat2 sekalian.Mohon seribu kemaafan klu ada tersilap kata dan bahasa.Sebagai manusia yg lemah dan tidak sempurna pasti akan selalu m'lakukan khilaf.Insyallah mudah2an kita akan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi yg lebih baik..insyallah kata2 tu akan sentiasa tertanam di dlm hati.Sebagai peringatan buat sahabat terutama buat diriku sendiri,sentiasalah mempersiapkan diri kita untuk menemui Rabbi kerna bila2 masa sahaja kita akan m'nemuinya tanpa kita sedari.Asahkan iman,dan tanamkan dalam diri sifat2 mahmudah dan sentiasa m'beri k'maafan pada org laen..(cam iklan raya petronas la pulak..)..=)..wallahualam..

~ usrati..raya pertama tanpa abang sulung(ab) ngan kakak tercinta yg berada d'perantauan(adelaide australia)...sayang semua....=)

Isnin, 6 September 2010

~peta hidup



~peta hidup yang menggambarkan checkpoint dalam kehidupan kita~biarlah gambar berbicara.....

~jom tadabbur Quran..




~Life is such a game??bak kata ustaz pahrol "pain first,play later"..ungkapan ini akan sentiasa ana simpan dalam qalbi.kehidupan di dunia ini ibarat satu permainan seperti treasure hunt(cari harta karun).Dalam permainan ini peserta(manusia) dikehendaki untuk mencari harta karun itu mengikut peta yg d'berikan(rujukan Al-quran dan sunnah) sebagai petunjuk untuk sampai ke destinasi yg hendak d'tuju.Namun,tidak semua peserta menggunakan "peta" itu sebaik mugkin dan mungkin juga ada segelintir peserta yg begitu bijak m'ggunakan "kebijaksanaan " yg tersendiri(b'tindak m'ikut hawa nafsu) untuk sampai ke destinasi yg terakhir.Agak2 peserta mana yg akan sampai ke destinasi dengan cepat dan selamat??Sudah pasti peserta yg betul2 m'gunakan dan m'ikut arahan seperti dalam peta itu yg akan tiba ke destinasi dengan selamat.Manakala peserta yg tidak mengikuti arahan seperti dalam peta itu,pasti akan tersesat atau m'alami masalah sepanjang perjalanan.Akhirnya,peserta yg berjaya sampai itulah yg d'kira sebagai pemenang(the winner) dan yg sesat itu dikira sebagai "the lost"~~

~Itulah hakikat sebenarnya kehidupan kita d'atas muka bumi ini..Secara kronologinya,kita sebagai hamba Allah perlu sentiasa m'jadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman dalam kehidupan.Walauapapun masalah menimpa diri,pohon petunjuk dariNya dan sentiasa m'jadikan kitab suci kalamullah sebagai rujukan harian.Jadikanlah kitab suci ini sebagai peneman hidup dikala suka dan duka.Sesungguhnya tiap2 huruf di dalam kitab suci ada ganjaran pahalanya bagi sesiapa yg membacanya.
~ Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf- diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih~

~Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan).- Sohih Bukhari dan muslim.

justeru sahabat yg ana kasihi,jadikanlah amalan membaca Al-Quran serta m'tadabburnya sebagai amalan rutin harian.Tidak rugi jika kita betul2 m'amati satu persatu ayat yg terkandung di dalamnya bahkan kita akan sentiasa m'dapat rahmat dan petunjuk drNya.Bagi yg lebih berkemampuan,hafazlah ayat2 suci kalamullah ini,nescaya akan dapat m'beri syafaat untuk ahli keluarganya di akhirat kkelak.Tanamkan niat yg suci,istiqamah dalam diri untuk sama2 m'hayati isi kandungannya insyallah Allah akan sentiasa membantu hambanya yg sentiasa b'usaha untuk m'cari agamaNya. cubalah untuk luangkan sekurang2nya satu muka satu hari..dan insyallah tiap2 hari kita akan cuba untuk memperbanyakkan lagi bacaan ayat suci al-quran ini dan m'hayatinya.renung2kan dan selamat b'amal..

Allah telah berfirman yang bermaksud : Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya- Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sohih


cara2 untuk menghayati dan mengamati Al-Quran;


1. Membesarkan Allah dan mencintai Allah.Setiap kali seseorang itu membesarkan Allah di dalam hatinya maka setiap kali itulah ia akan membesarkan al-Quran. Ibnu Mas'ud berkata : "Sesiapa yang ingin mengetahui bahawa ia cintakan Allah maka hendaklah ia mendedahkan dirinya kepada al-Quran". Urwah al-Bariqi berkata : "Cintakan Allah adalah cintakan al-Quran dan cintakan Rasulullah adalah beramal dengan sunnahnya"


2. Rajin mendengar bacaan al-Quran dan menghadirkan hati kepada al-Quran.

3. Sentiasa bertaubat dan menjauhkan diri daripada maksiat. Sesungguhnya kebiasaan melakukan maksiat akan mendatangkan bahaya kepada agama dan dunia. Maksiat akan menghilangkan cahaya iman pada hati dan air muka seseorang. Ia juga boleh menghilangkan perasaan malu sedangkan perasaan malu itu sebenarnya perkara utama untuk menghidupkan hati. Sesungguhnya maksiat akan membutakan hati dan menggelapkan jalan menuntut ilmu. Hati yang tidak dihiasi perasaan malu dan telah menjadi gelap yang berpunca daripada maksiat maka hati itu adalah hati yang sedang sakit. Kesannya, hati yang sakit akan menjauhkan seseorang daripada menghayati al-Quran.

4. Ikhlas untuk menghayatinya.Ikhlas merupakan syarat sah amal ibadat. Oleh itu sesorang yang ingin membaca al-Quran hendaklah menghadirkan keikhlasan kerana Allah dan apabila menghayati ayat-ayat yang dibacanya hendaklah dihayati dengan ikhlas kerana Allah. bukan kerana yang lain daripadaNya

5. Menangis ketika membaca al-Quran. Seseorang yang membaca al-Quran disunatkan menangis ketika membaca ayat-ayat yang menceritakan azab Allah dan seksaanNya. Tuntutan menangis semasa membaca al-Quran mendatangkan kesan positif kepada pembacanya untuk menghayati al-Quran iaitu meninggalkan larangan-larangan Allah yang dengan sebab tidak meninggalkannya boleh menyebabkan seseorang itu diazab dan diseksa oleh Allah di akhirat nanti. Tambahan pula menangis ketika membaca al-Quran merupakan sifat 'al-arifin' iaitu orang-orang yang mengenali Allah dengan sebenar-benarnya dan menjadi syiar atau simbol hamba-hamba Allah yang soleh


~wallahualam...