Khamis, 24 Februari 2011

~monolog diri~ujian...

Ya Allah mengapa diriku sering di "uji" ?


Sesungguhnya Allah layak menguji setiap hambaNya,kerna diriku seorang "hamba"



Tetapi kadangkala ku merasakan "perit" untuk menanggung segalanya........



Jangan khuatir kerna Dia sentiasa berada dekat denganmu....


Siapakah yang sentiasa dekat dengan diriku?.....




kuatkanlah dirimu...Sesungguhnya hanya kepadaNya tempat kita mengadu segala rintihan di hati sanubari ini..




Maka,jadilah seorang hamba yg sentiasa dekat denganNya,dan bersyukurlah kerna kita dipilih olehNya untuk merasai "ujian" dalam kehidupan.Tanpa ujian dariNya,mungkin diri ini akan sentiasa lalai dan alpa..Syukran Ya Allah~~

~Ya Allah kuatkanlah " hati2" ini untuk menghadapi segala ujian yg Engkau berikan.Sesungguhnya hambaMu ini sentiasa melakukan khilaf dan berikanlah kekuatan dalaman keatas hambaMu ini untuk sentiasa berada dekat denganMu...

Jumaat, 18 Februari 2011

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika
Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

Isnin, 7 Februari 2011

~Mari berzikir sambil tidur..


~Tidur disamping mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dapat memberi ketenangan dan kerehatan yang sebenar, semasa tidur manusia dapat menyimpan suara yang didengari, oleh yang demikian dengan mendengar ayat-ayat suci al-Quran memudahkan hafalan kepada penghafiz Al-Quran, begitu juga kepada ibu bapa digalakkan membaca doa dengan suara perlahan-lahan ketika anak sedang tidur agar mendapat kerahmatan daripada Allah SWT.~


Buktinya~


Surah Ar-Rum.Ayat : 23.


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karuniaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan"



~mari kita berzikir sambil berfikir tentang kekuasaaNYA..=)insyallah same2 kita istiqamahkan diri berzikir sebelum tido..

Khamis, 3 Februari 2011

~Nota hati..







Wanita suci,merelakan Allah memilihkan lelaki suci baginya, mungkin sekarang,nanti, bahkan mungkin tak ada sampai mati.Mungkin itu berarti dirinya terlalu suci untuk semua lelaki di alam permainan saat ini.Mungkin lelaki suci itu menantinya di istana kekal..





~Best qoute from biha,tersentuh "hati" penulis bila merungkaikan ayat2 di atas,memang simple but full of meaning..Ape yg nak disampaikan,konsep "menjadi" yg soleh itu perlu d'utamakan dahulu,barulah "mencari".Memang usaha itu penting kerna tanpa usaha juga kita tidak akan dapat ape yg kita nak kecapi tapi dengan syarat biiznillah(insyallah) dengan izin Allah.Tuntutlah ilmu,kerna dengan ilmu kita akan menjadi org yg sentiasa "berilmu" apabila melakukan sesuatu."Ape yg penting,ilmu fardhu ain wajiblah dituntut dahulu,kerna ia menjadi satu kewajipan bg setiap insan yg bergelar "muslim" dan ia menjadi satu tanggungjawab bg kita.Risau bila umur sudah meningkat dan mempunyai "keluarga" sendiri,bagaimana kita mahu mengajar dan mendidik bakal zuriat kelak nanti?Tepuk dada tanya IMAN. Insyallah bilamana kita sentiasa tidak jemu menuntut "ilmu Allah" diri kita akan sentiasa mendapat kerahmatan drNya kerna tujuan kita dihidupkan di atas muka bumi ini juga untuk "beribadah" kepadaNya.Semoga ape yg baik kita sampaikan pada sahabat andai yg lain dan peringatan penting juga buat diri si Penulis yg lebih dekat menulis,mendengar dan melihat.Ape yg baik itu semuanya datang darINya.wallahualam~





~p/s :Nota hati seorang insan yang bergelar "cahaya mata"..Tahniah buat sahabat "hatfini husin" yang bakal melangsungkan pertunangan dan mendirikan baitulmuslim(alhamdulillah jodoh sahabat penulis awal ),jadilah seorang isteri yg solehah dan taat kelak nanti..Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ape yg terbaik buat hambaNya~