Jumaat, 28 Oktober 2011

~CANTIK


"Cabaran utama seorang wanita adalah mahu dilihat cantik. Cabaran utama seorang lelaki adalah mahu melihat yang cantik. Wanita dan lelaki yang berjaya menghadapi cabaran ini akan dibangkitkan dengan CANTIK di akhirat. "
~asrar qalbi~



Isnin, 24 Oktober 2011

Duhai muslimah

Duhai muslimah,
Jika kau inginkan bibir yang menawan,Ucapkanlah kata-kata penuh hikmah diiringi kesantunan,Kelu bicaramu dari umpatan dan benih permusuhan,Sunyi lidahmu dari perkara yang melalaikan dan merosakkan,Basah lidahmu dalam mengalun kalimah Allah.
Duhai muslimah, Jika kau inginkan sepasang mata yang indah,Basahilah ia dengan titisan mengharap redha Tuhanmu,Peliharalah pandanganmu,Dari liar melihat insan yang tidak halal buatmu,Bukakanlah ia demi ilmu dan keredhaannya,
Duhai muslimah, Jika kau inginkan jasad yang baik,Berkongsilah makanan dengan orang yang lapar dahaga,Gerakkanlah ia untuk menyembah bersujud pada Allah.,Bertanggungjawab demi mengharap redha Yang Maha Kuasa,Berjalanlah dirimu dengan ilmu penuh didada tanpa rasa bangga,Dan Tutupi ia dengan pakaian yang bertepatan dengan agama,
Jika kau inginkan tangan yangdiberkati, Syukurilah setiap nikmat yang diberi, Hulurkanlah pertolongen penuh keikhlasan, Agar diri berbekal amalan, Untuk menuju hidup yang berkekalan,
Duhai muslimah solehah, Sesungguhnya,Kecantikan wanita itu ,Bukan pada pakaian yang dikenakan,Bukan juga pada lenggok tubuh yang sengaja dipamerkan,Bukan juga pada solekan yang mengharap perhatian,Tetapi ianya terletak pada kejernihan wajah dan hatinya,Pada kebijaksanaan dan kecerdasan fikirannya,Kecantikan wanita itu bukan pada rupa parasnya,Tetapi pada cahaya dan keikhlasan yang tergambar darinya,
Kehalusan dan ketulusan yang terpancar dari jiwanya,Taqwa dan iman yang menjadi pakaiannya,Syahadah yang menjadi perhiasannya,Kelembutan dan pendirian yang menjadi perisainya,Membentenginya,Dari godaan nafsu dunia,Kerana dia wanita tulus,Yang mengharap cinta dan kasih dari Tuhannya,Dan hanya insan ‘khair’ yang bijaksana,Celik minda juga hatinya,Mampu menilai dan mentafsirkan,Permata dicelahan kaca yang berkilauan..



( Indahnya s'orang wanita itu jika dia sentiasa memelihara dirinya,Ya Allah kurniakanlah daku sifat2 serikandi yg terpuji seperti Aisyah, Rabiatul adawiyah, Asiah yg sentiasa bermujahadah menjalankan ketaatannya sebagai seorang hamba..mode > ~ perbaiki diri dari hari ke hari, penuhkan ilmu di dada kerna ajal dan maut sentiasa menghampiri kita setiap hari cuma sedar atau tidak sedar shj...insyallah bermuhasabah diri itu perlu~).......asrar qalbi.......