Khamis, 27 September 2012

Tinta hati


Assalamualaikum pembuka bicara,

Pernah hati ini suatu ketika diselubungi dengan satu perasaan serba salah, gelisah, delima..jiwa kacau
Namun,ku gagahkan jua untuk berdepan "dengannya"...
Ku tahu, dalam hidup ini seorang hamba pasti diuji sebagai tanda ketakwaan kita padaNya..
Kerna itu Allah kurniakan akal + wahyu untuk kita berfikir mana yg baik dan mana pula yg buruk..

'Dilema' itu akhirnya berakhir pabila seorang sahabat memulakan bicara..
"Jika kita permudahkan urusan orang lain,Allah pasti permudahkan urusan kita Ain"
Hati ini mula rase tersentap mendengar kata2nya..
Hanya Allah yg Maha Mengetahui perasaan ketika itu..
Ibarat ketika kita memerlukan pertolongan, lantas ada sang pemurah hati yg membantu diri ini.
Syukran Ya Allah..Benarlah dalam sabda nabi S.A.W :

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).
*Hulurkanlah tanganmu itu ketika mana org lain memerlukan tanganmu itu*

* Secara kiasannya, dalam hidup ini jika ada Si Penerima,pasti ada Si Pemberi..Oleh itu,bersyukurlah kamu jika sekiranya tergolong dalam golongan di atas.*

p/s :   ku tahu rezekiku tidak akan diambil oleh org lain,kerna itu hatiku selalu tenang


*Dari hati ke hati..11 dzulkaedah*

Isnin, 10 September 2012

uhibbu nasihah (3)

*Hapuskan dosa2 itu

*Dosa itu*

Bila kita melihat dosa-dosa lepas, seakan-akan kita merasakan kita telah membazirkan begitu banyak masa dalam kehidupan kita. 

Tetapi, bila kita melihat semula diri kita pada hari ini, kita akan sedar betapa sejarah dululah yang telah membentuk kita pada hari ini. 

Bukanlah terjatuh dalam dosa itu suatu yang baik, tetapi sekurang-kurangnya sejarah kejatuhan kita di dalam dosa itu telah mengingatkan kita bahawa kita ini tidak layak untuk berbangga dengan apa-apa pun kebaikan yang kita miliki pada hari ini.


~Nice nasihat from sahabat to sahabat~
12 a.m 

Ahad, 9 September 2012

Teringat seketika..



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

"La ilaha illa Allah"..Tiada Tuhan yg layak disembah melainkan Allah
zikir yg mudah namun membawa diri kita kearah pengabdian padaNYa..

*MODE : Misi membedah buku kompilasi ATN (aku terima nikahnya)*


" Anak hanya belajar menghargai kasih sayang ibubapanya pabila akal sudah hidup di kepala,namun ibubapa sudah menyayangi anak sebelum lahir ia ke dunia"

full of words wif a meaning worth...tatkala sibuk membelek buku nie,tersentuh ana dgn words atas nie.Kasih seorang ayah dan ibu itu memang x ternilai bandingannya. Teringat seketika satu perbualan :

Ana : Assaalamualaikum mak, mak sihat?Rindu mak......
Mak : Waalaikumussalam, mak sihat..mak baru nak call ain,tgk2 anak mak nie da call mak..
(Banyak kali insiden nie terjadi,ana pasti sahabat ana pun pernah mengalaminya..)

*Betapa kuatnye naluri seorang ibu itu, pabila anaknya merindui dirinya,pasti ada satu "wave" yg akan menghantar signal rindu padanya*

Ana : Abah, result sem ain kali nie macam2 gred ada dari A ke C semua ada. Maaf x dapat nak buat yg  terbaik tuk sem nie
Abah : Xpe ain, lulus tu pun da kira ok.Abah dulu lagi la takat2 lulus je..nak dapat A mmg susah sekali. Itupun da kira baik.Alhamdulillah

(Ku terfikir seketika, dulu abah bersusah payah blaja sambung ijazah kat USM, walaupun ketika itu dia sedang menyara 5 org anak dan ketika itu mak ana sedang mengandungkan adik bongsu ana..Nak dibandingkan dgn diri ana, sambung ijazah ketika muda dan sepatutnya tiada sebarang halangan seperti ayah ana dulu..muhasabah seketika)

*Betapa sayangnya seorang ayah pada anaknya,pabila anaknya hilang semangat, maka dia akan cuba menenangkan hati anaknya dan pulihkan semangat balik*

p/s : Anak yang berjaya bukan anak yang berjaya berkerjaya, mewahkan kehidupan ibu ayahnya. Tapi anak yang berjaya adalah anak soleh yang membawa ibu ayahnya turut serta menikmati Syurga bersama-sama."..nice one