Jumaat, 17 September 2010

jodoh??


JODOH??

Bila berbicara tentangnya,
Pasti dikaitkan antara adam dan hawa,
"Jodoh" pada hakikatnya rahsia Allah,(bak kata my soulm8,najwa)
Semuanya sudah termaktub dlm luh mahfuz,

Hanya Dia yg Maha Mengetahui...
Sesungguhnya Dialah sebaik2 Perancang,
Kadangkala kita hanya merancang,
Tapi pada hakikatnya Dia yg menentukan,
Hanya doa pengharapan pdNya kita panjatkan..

Berbagai2 tafsir bila d'soalkan tentang jodoh,
Namun jodoh yg sebaik2nya,
Haruslah mengikut salurannya yg betul,
Sebab Allah itu Maha Pengasih,
Dialah yg mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya...

~Terdapat 3 jenis jodoh yg dapat ditafsirkan..sama2 kita renungkan..

Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.~mudah2an kita d'jauhkan dari jodoh ini sebab terlalu ramai yg sudah tersilap langkah dan memilih jalan ni..jodoh ini seringkali d'kaitkan dengan cinta yg berlandaskan hawa nafsu semata2..

Yang kedua pula ialah Jodoh Jin. Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.~jodoh ini juga bukanlah jalan yg terbaik untuk m'dapatkan "jodoh" sebab ia bukanlah mengikut saluran yg benar dan sama sekali d'murka Allah.Sesungguhnya Allah amat murka pada hamba2nya yg mensyirikkanNya dan ternyata ia salah d'sisi syariah.

Jodoh yang Ketiga pula ditafsirkan sebagai Jodoh Allah iaitu Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta…" Kamu tidak mengetahui siapa jodoh kamu, lalu kamu istikharah meminta petunjuk dari Allah, lalu Allah kurniakan kamu petunjuk dan kamu bulatkan tekad lalu kamu meminang. Yang dipinang juga beristikharah selepas dipinang, lalu jika dia pun mendapat petunjuk dan bulatkan tekad, lalu menerima pinangan kamu. Langsung kamu bernikah. Lalu kamu jaga keluargamu hingga akhir hayat, lalu kamu menemui ajal.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” ~http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1004. Bertaraf hassan


~wallahualam..~






1 ulasan:

  1. "Jodoh" pada hakikatnya rahsia Allah,(bak kata my soulm8,najwa)

    mum,teman ade kate gitu ke?hihihi;)
    inshaAllah mum,moga jodoh kite adalah Jodoh dari Allah,halal dgn iktn pkhwinan dan diredhaiNya.

    bukan jodoh jean dan saytan y blndskan nafsu smta2..huk2
    smoga kite same2 berada dalam perlindungan Allah ye mum :x

    BalasPadam