Rabu, 29 Disember 2010

~berdiam diri..


~Diam itu kadangkala bermakna.....bak kata pepatah diam2 ubi berisi..biarpun kita kurang bicara,tak bererti kita tidak pandai,bahkan kadangkala itu lebih baik.Sebab pabila kita mula bicara tiap2 perkataan yg kita ungkapkan itu mungkin memberi kesan pada diri samada baik atau buruknya.Entri kali nie maybe lebih kepada psikologi islam.Insyallah Dr.Ain akan menjelaskan tentang isu nie..(sejak bila la ana jadi doctor psikologi nih..=)..mcm2 la..insyallah islam itu syumul(menyeluruh),jadi kita pun kena la tahu semua...insyallah asalkan kita semua ada usaha untuk belajar..itu kan lebih baik dari tidak ada usaha..

Sebahagian ulamak mengatakan di dalam diam itu terdapat 7 ribu kebaikan, yang terhimpun dalam 7 kalimat :

1. Ia adalah ibadah tanpa susah payah.
2. Perhiasan tanpa intan permata.
3. Kewibawaan tanpa kekuasaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Tidak perlu meminta maaf kerana salah berbicara.
6. Memberi istirehat bagi Kiraman Katibin
7. Menutupi aib yang dapat timbul kerana banyak berbicara.


Sedangkan kebodohan itu mempunyai 6 ciri :


1. Marah tanpa alasan yang tetap.
2. Berbicara tanpa manfaat
3. Memberi tidak pada tempatnya.
4. Membukakan rahsia kepada siapa sahaja.
5. Percaya kepada setiap orang.
6. Tidak mengenal siapa kawan siapa lawan.


~Akhirul kalam..renung2kan dan selamat beramal..salam..
"Nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya; kerana terasa PAHIT oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang dan perasaan takabbur yang tidak mahu menerimanya.





Selasa, 28 Disember 2010

~nilai sebuah ukhuwah..

“Wahai umat manusia!Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”....

Bismillahirrahmanirrahim..Dengan nama Allah ana mulakan bicara ana kali nie.Mudah2an kita sentiasa ikhlaskan niat di hati untuk terus hidup beramal di muka bumi Allah ini.Sengaja ana mulakan bicara ana dengan sepotong ayat dalam surah al-Hujurat ayat 13,yang mana Firman Allah telah menyatakan bahawa kita hidup d'muka Bumi ini untuk saling berkenal2an dan merapatkan silaturrahim antara satu sama lain.bak kata pepatah melayu "berkawan biar beribu,tapi bermusuh jangan satu"~~(teringat cikgu peribahasa ana time skul rendah,memang s'orang yg gigih dan x jemu untuk menerapkan nilai2 peribahasa dalam diri anak didiknya~thanx cikgu zaleha..pasti cikgu bangga dpt anak murid mcm saya kan..=)..perasan la plak).Dalam kehidupan ini tidak dinafikan kita saling memerlukan antara satu sama lain dan kita tidak dapat hidup bersendirian.Justeru itu "kawan" memainkan elemen penting dlm hidup kita.Dia akan menjadi refleksi pada diri kita,dan tiap2 detik dan saat kita bersama dengan dia akan terjalinlah satu ukhuwah yg mana dibina atas nama Sang Pencipta.

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititik beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan saja.Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya

RasuluLLah pernah bersabda yang bererti


“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).


Sabda nabi diatas memang menggambarkan perihal yang berlaku sekarang,bagi ana mencari sahabat yg soleh itu perlu untuk kebaikan di dunia dan akhirat.tapi tak bermakna kita kena mencari yang baik dan soleh aje,dan membiarkan" sahabat2 yg lain"tergapai2(kan x patut jadinya,sebagai insan dan makhluk Allah habluminnas pun perlu dijaga,rapatkan ukhuwah sesama insan apabila satu ikatan jalinan terbentuk insyallah dari situlah kita dapat eratkan silaturrahim).Bantulah mereka seadanya dan jadilah sahabat yg terbaik buat mereka,sebab mereka memerlukan kita untuk berada di landasan yg betul.Sayangilah dan nasihatilah..Sesungguhnya Allah juga menyanyangi hambaNya yang sentiasa merapatkan silaturrahim antara satu sama lain~

Bagaimana untuk menjadi sahabat yg soleh??

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Cubalah untuk menjadi sahabat yang baik dan soleh,x rugi pun malah insyallah kita akan mendapat "benefit" dari ukhuwah yg terjalin dengan niat lillahitaala~Apabila dia menghadapi kesusahan,kitalah orang pertama yg akan menghulurkan bantuan dengan nasihat,katakanlah padanya "La Tahzan Innallahamaana"~Sesungguhnya Allah bersama dengan kita.Apabila dia berduka,kitalah yang akan ingatkan dia dengan ayat2 suci kalamullah dan tidak putus2 memberi kata2 semangat dalam diri,Apabila dia dalam kekeliruan,kitalah yang akan membantunya memberi jalan penyelesaian dan yakinkan padanya bahawa Allah itu sayang pada hambaNya dan Dia tahu ape yg terbaik buat dirinya.Sematkanlah "nilai2" persahabatan dalam ukhuwah yg terjalin insyallah kita bertemu dan berpisah kerna Allah~

Bak kata pepatah Arab,


“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

~Pepatah di atas bukan suruh kita bersahabat dengan penjual minyak wangi,tapi disebalik yg tersirat bersahabatlah dengan orang yg akan membawa kita ke jalan yg lurus dan benar.Andai kita masih tercari2 sahabat yg sejati,carilah di surau2 atau masjid di kolej kita,kerna insyallah di situ kita pasti akan menemui insan yg boleh d'jadikan sahabat.Alhamdulillah mudah2an dengan d'kuniakan sahabat yg baik dan soleh,kita akan hidup saling ingat mengingati.Firman Allah dalam surah Al-A'la ayat 8-9 juga telah menyebut :


"Dan kami akan memudahkan bagimu ke jalan kemudahan(mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat),oleh sebab itu berikanlah peringatan,kerana peringatan itu bermanfaat

Sahabatku ingatlah!kita ibarat sehelai kain fitrah,yang putih
bersih,warnakanlah dengan akidah,hidup mengalir di muara kalamullah,belayar ke
pulau khaira ummah,bernakhoda istiqomah..






~sahabat semasa di sek raja perempuan taayah..windunye wajah2 sahabat..Doakan bersama agar kita tergolong dalam golongan Mardhatillah~


~Sahabat ketika di pasum yg sentiasa bersama2 di kala duka dan sedih..thanx sebab ku mengenali erti persahabatan yg sebenar disini.Terlalu banyak perkara yg ku belajar di sini dan alhamdulillah semuanya memberi "erti kehidupan" yg sebenar buat diriku.Apa yg kuharapkan hanyalah yg terbaik buat "sahabat" di pasum dan mudah2an kita sentiasa menjadi lebih baik dari semalam..windu najwa,atie,ika,k.mira,el,diba,hanis,sha dan ramai agi..


~Sahabat di UM..semakin meningkat umur,semakin ramai sahabat yg ku kenali..alhamdulillah..buat sahabat perjuangan saintis biomedik in future(amin..=)),insyallah ilmu yg kita pelajari di muka bumi Allah ni kita manfaatkan untuk AGAMA yg tercinta.sama2 kita tingkatkan ketaqwaan padaNYA sambil mempelajari ilmu di muka bumi Allah ini..chaiyok2 ye..bai,dayah,fida,nisa..=)


~Sahabatku@my soulmate najwa mat yasin..syukran kerna menjadi sahabat dunia dan akhirat.Ku bersyukur d'kurniakan seorang sahabt yg sentiasa memahami perasaan ku ketika duka dan lara,tidak jemu2 memberi nasihat dan sentiasa mendekatkan diriku padaNya.Alhamdulillah..luv u my soulm8.Apa yg kuharapkan hanyalah semoga persahabatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.Semoga kita bertemu dan berpisah kerananya.

Khamis, 23 Disember 2010

~hati berbicara

~salamun alaikh..post ana kali nie ringkas je..biarlah madah kali nie ringkas dan mudah2an yang penting skali semoga "hati" ini sentiasa dekat padaNya..(kadang2 berdiam itu lebih baik..).Di bawah nie ana tinggalkan satu kisah bilamana akal dan hati berbicara tentang cinta..(maaflah asyik2 tentang cinta tp hakikatnya hargailah "cinta" yg d'beri oleh Sang Pencinta,memandangkan pada fasa remaja inilah kita sering d'uji tentangnya..mudah2an kita ambil iktibar lebih2 lagi diri sendiri yang menaip setiap kata2 dan madah nie.wallahualam..yg baik itu semuanya datang dariNya.

http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1364-hati-dan-akal-bicara-cinta.html

Selasa, 21 Disember 2010

~Siwak..


SoalanAdakah penggunaan berus gigi pada zaman sekarang menyamai fadhilat menggunakan siwak?


.Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu:

لو لا أن أشق على أمتي لأمرتكم بالسواك عند كل الصلاة Maksudnya: Kalaulah tidak menjadi keberatan kepada ummatku, maka aku akan mewajibkan bagi mereka bersiwak setiap kali ingin menunaikan solat.
(hadis riwayat Bukhari no.847, Muslim no.252, Abu Daud 1/11, al-Baihaqi 1/35)


Berdasarkan hadis ini, penggunaan siwak adalah merupakan perkara sunnah. Ini kerana syarak sangat-sangat menekankan perkara ini. Siwak merupakan perkara yang dituntut di dalam semua keadaan. Lima keadaan yang sangat-sangat dituntut kepada seorang Muslim untuk bersiwak ialah :



1. Ketika ingin menunaikan solat2. Ketika sedang berwudhuk3. Ketika gigi
berubah menjadi kekuningan4. Ketika ingin membaca al-Quran (sebagai adab yang dituntut)5. Ketika berubah bau mulut disebabkan bangun daripada tidur ,meninggalkan makan, terlalu lama berdiam diri,atau memakan sesuatu yang mengubah bau mulut seperti petai, jering, bawang dan lain-lain yang berbau.

Waktu yang makruh untuk seseorang berpuasa (samaada sunat atau wajib) untuk bersiwak menurut Mazhab al-Imam Syafie ialah selepas tergelincir matahari. Tetapi menurut al-Imam Nawawi rahimahullah, tidaklah menjadi makruh kepada seseorang yang berpuasa untuk bersiwak walaupun setelah matahari tergelincir.


Baiklah sebelum itu sama-sama kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan siwak.


SIWAK DAN MAKSUDNYA :Siwak menurut istilah syarak ialah penggunaan kayu siwak atau yang seumpama (seperti berus gigi pada zaman sekarang)dengannya bagi membersihkan gigi dan apa-apa yang berada disekitarnya seperti lidah dan gusi bagi menghilangkan kesan , bau makanan dan sebagainya yang mengubah bau mulut.Jika kita perhatikan dengan baik maksud siwak menurut syarak, maka secara langsungnya berus gigi yang digunakan pada zaman sekarang juga termasuk di dalam penggunaan siwak.Hatta para ulama Islam membahaskan adakah boleh seseorang tersebut menggunakan hujung kain yang kesat bagi bersiwak. Para ulama mazhab Syafie menyebutkan bahawa perkara ini juga boleh dianggap bersiwak.


BERSIWAK MENGGUNAKAN JARI ;menggunakan jari sendiri untuk bersiwak tidak dianggap sebagai siwak menurut syarak.Menurut al-Imam Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah, menggunakan jari sendiri dan jari orang lain yang terputus(dengan syarat jari tersebut kesat) untuk bersiwak adalah dikira bersiwak menurut syarak. Tetapi menurut al-Imam Ramli rahimahullah, menggunakan jari sendiri dan jari orang lain yang tidak terputus juga boleh dianggap bersiwak(dengan syarat jari tersebut kesat).


KESIMPULAN :Jelaslah bagi kita segala perkara yang kesat maka ianya boleh digunakan untuk bersiwak. Sebaiknya kita mengambil cara baginda sallallahu alaihi wasallam bersiwak iaitu dengan menggunakan kayu uud yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Tetapi penggunaan berus gigi pada zaman sekarang juga fadhilatnya sama.Perlu diambil perhatian, siwak memerlukan niat ketika kita menggunakannya. Jika kita tidak berniat untuk mengikut sunnah maka perkara tersebut tidak akan beroleh fadhilat dan pahala.Menurut al-Imam Syamsuddin al-Ramli rahimahullah, jika siwak dilakukan bersama perkara ibadah yang lain seperti ketika berwudhuk dan ingin mendirikan solat, maka tidak lagi perlu berniat ketika itu.Wallahu a’lam


Rujukan:1. Hasyiyah al-Imam Baijuri jilid 1 cetakan Darul Kutub Islamiyah2. Mu’tamad fi fiqh al-Syafie oleh Syeikh Dr.Muhammad al-Zuhaily cetakan Darul Qalam jilid 13. Al-Taqrirat al-Sadidah fi Masa’il Mufidah oleh Syeikh Hassan bin Ahmad bin Muhammad al-Kaf ,cetakan ke-4 ,2006/1427.Mohd Nazrul Abd Nasir,Rumah Kedah Hayyu 10,Kaherah, Mesir


Isnin, 20 Disember 2010

nasihat buat insan yg bergelar manusia


Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. _Al-Imam Ghazali



~~kata2 yg dipetik dari i luv islam~~

Khamis, 16 Disember 2010

i love the sunnah (1)


lets follow and practice the sunnah's of drinking by the Prophet Muhammad S.A.W

1- Basmalah : Mentioning Allah’s name. (Saying: in the name of Allah).

2- Handling the drink with the right hand; as the Prophet (PBUH) said to the kid: " say the basmalah and eat with your right hand"

3- Breathing (exhale and inhale) outside of the drinking pot thrice; which means to take a sip then breath outside the pot then repeat this process for three times as the Prophet (PBUH) used to do (narrated by Imam Muslim)

4- Drink in a sitting position: the Prophet (PBUH) said: " none of you should drink while standing" (Imam Muslim)

5- Bidding thanks to Allah after drinking: the Prophet (PBUH) said: " Allah get content with his worshippers if they thank him after eating or after drinking" (Imam Muslim)


Selasa, 14 Disember 2010

~Erti syukur..



~salam..time for bed time story..teringat zaman muda mudi dulu sebelum tido selalunya mak2 kita atau bapa kita akan story telling sampailah kita tertido.Macam2 cerita Si Tanggang,Sang Kancil dan Buaya,kisah tukang sikat anak Firaun,Masyitah,kisah Nabi Sulaiman dengan Ratu Balkish n semuanya ada..Memang kalau ada pertandingan bercerita insyallah confirm kita boleh menang almaklumlah tiap2 malam kita d'perdengarkan dengan macam2 bed time story.=)Miss plak time kecik2 tu da besar2 ni terpaksa la kena story telling sendiri..=)..Hope in da future nanti boleh la praktikkan tuk bakal zuriat(anak)..(impian tu).Sebab salah satu cara pendekatan ibubapa pada anak2 adalah dengan sentuhan kasih sayang.(alamak da macam motivasi keluarga la plak..=)).
Ana pernah bersembang dengan seorang akak nursing,dan dia kata pada ana in da future nnti bila sudah berkeluarga dan ada anak,sayangilah anak2 itu.Sebelum tido luangkanlah masa pada mereka dan kucupilah mereka sebagai tanda kasihnya kita pada dia.Ucapkanlah kalimah2 yg baik ataupun doa terutamanya ibu sebab kata2 seorang ibu itu kebiasaannya satu doa.Mudah2an ia boleh d'jadikan satu tips untuk yg bakal berkeluarga in da future..insyallah dakwah itu bermula pada diri,kemudian baitulmuslim,sanak sedara yg lain,jiran tetangga dan akhirnya jika semua m'amalkan hidup berlandaskan syariah islam insyallah kita bakal melahirkan satu ummah muslim dan seterusnya negara islam yg berdaulat.insyallah..ameen,.

~Berbalik pada bed time story tadi..ana tertarik pada satu kisah iktibar budak yang kehilangan wang.Ia mengisahkan seorang budak yg telah kehilangan sejumlah wang dalam perjalanannya ke kedai untuk membeli gula2.Setelah puas dia mencari wangnya yg hilang tetapi tidak juga d'temuinya,maka budak itu kecewa lalu menangis teresak2 d'tepi jalan.Tangisannya d'dengari oleh seorang pak cik tua dan lantas pak cik itu bertanya "Mengapa engkau menangis,wahai anakku,?".Budak itu pun menjawab "saya kehilangan wang untuk membeli gula2."pak cik itu pun bersimpati lalu berkata"Hentikanlah tangisanmu dan ini wang pak cik sebagai gantinya".Budak itu pun menerima wang tersebut.Namun x lama kemudian dia menangis lagi.Malah kali ni tangisannya lebih kuat.Pak cik tadi kehairanan lalu bertanya"Kenapa engkau menangis lagi ?"Bukankah wangmu yg hilang telah ku gantikan?"Budak itu terus menjawab"Saya menangis kerana jika wang sebelumnya tidak hilang,maka sudah tentu sekarang saya memiliki lebih banyak wang!"

Sahabat apa yg ana nak share ngan antum semua,the moral of the story is adalah berkaitan dengan sifat tamak dan ketidaksabaran manusia.Budak diatas menggambarkan sikap peribadi manusia yg kadang2 tidak sabar atas musibah yg d'timpa dan tidak pernah puas dengan apa yg d'miliki.Tangisan yg pertama menunjukkan budak itu tidak sabar dengan kehilangan wangnya manakala tangisan yg kedua menunjukkan budak itu tidak bersyukur dengan apa yg ada.Hidup tidak selalu indah sahabat,ujian yg menimpa diri itu sebenarnya menguji kesabaran kita sebagai mukmin yg bertakwa padaNya.

Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (AL BAQARAH (Sapi betina) ayat 155)


21:35] Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

Justeru,mulai sekarang kita kena tanamkan satu sifat dalam diri sentiasa SABAR dan mengucapkan "ALHAMDULILLAH" sebagai tanda kesyukuran kita d'atas kurnia dan nikmat yg kita perolehi di atas muka bumi ini.bak kata ustaz pahrol..Kita diminta memuji Allah ,bukan memuji diri kita apabila mendapat nikmat..=)



Ahad, 12 Disember 2010

~Erti tangisan yg sebenar....



Ahlan wasahlan ya "Muharram"~~bulan yang d'kenali sbg tahun hijrah buat umat islam.Alhamdulillah sudah 1432H berlalu dan mudah2an kita akan sentiasa "format"kan diri dan transformasikan diri untuk menjadi mukmin yg soleh dan solehah(m'jadi lebih baik).Sudah lama ana meninggalkan blog nie bersawang,memandangkan 3 minggu ana terpaksa m'hadapi xm final yang agak mencabar utk sem nie..papepun walaupun kali ni amat berbeza dengan xm2 yg lepas namun sebagai s'orang hamba konsep tawakkal itu tidak akan terlepas dari prinsip kita.Sebab ape2pon yang terjadi hanya Dia yg mengetahui apa yg terbaikwat hambaNya.Lets close the topic,and hope da bez for my result coming soon(pray for ana ..=))..

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm : 43)

~Hidup ini tidak selalu indah dan kadangkala kita akan terjatuh dan terus terjatuh.Namun bagi hamba yg hatinya sentiasa ada "Dia",insyallah dia akan sentiasa kembali pd fitrah kejadian asalnya sebagai s'orang makhluk ciptaan yg d'cipta oleh Sang Pencipta..Ya Allah betapa kerdilnya kita di sisi yang Maha Agung Allah S.W.T.Sebagai seorang hamba kita tidak akan terlepas dari khilaf dan sentiasa membuat dosa samada in condition conscious or unconscious.Namun Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi,mohonlah keampunan darinya jika kita tersedar yg kita sudah tersasar dari jalanNya.Bagi ana,"dosa" juga d'kira sebagai ujian dan ia kadangkala mengajar kita erti hidup sebagai hamba yg sebenarnya.JIka kita tidak mengenal erti "dosa" itu,kita pasti tidak akan tersedar dan terus untuk melakukan kemurkaan

Secara analoginya,cuba bayangkan jika tangan kita luka ketika menyiang ikan,dan lantas kita akan terasa kesakitannya dan ini semua d'sebabkan kita mempunyai pain receptor dibawah lapisan kulit tangan yang akan menghantar signal pada nerve system dan seterusnya ke otak untuk memberi effect pada muscle untuk bertindak. Cuba bayangkan jika pain receptor kita tidak mampu berfungsi dan ketika kita asyik menyiang ikan kita tidak sedar yg jari tangan sudah terluka dan terus menerus menyiang sehinggakan akhirnya kemungkinan kita akan pengsan d'sebabkan kehilangan darah.This is the end of analogy.Begitu juga kita,"pain receptor" itu d'ibaratkan seperti "dosa" yg kita lakukan..ia merupakan sense utuk diri kita sedar bahawa ia salah sama skali dan perlu untuk kita perbetulkan.Cuba bayangkan jika kita tidak sedar kita sudah melakukan "dosa" dan kita pasti akan terus menerus melakukannya sehinggakan d'penghujungnya kita sendiri yg akan menanggung akibatnya..nauzubillahimin zalikh..mohon d'jauhkan..

Selagi hidup d'kandung badan,beristighfarlah dan sentiasalah memohon keampunan dan berdoa mudah2an Allah menerima taubat kita.Bagi ana "tangisan" bagi s'orang hamba itu perlu untuk m'ekspresikan tanda kejiwaan kita memohon keampunan atas salah dan silap yg kita lakukan pada masa lampau.Tangisan air mata ini sebenarnya sgt b'harga dan percayalah dengan tangisan kita akan lebih terasa didalam hati.Menangislah sepuas2nya di hadapan Sang Pencipta ketika berdoa dan untuk merasai kenikmatan tangisan itu,tangislah tika "sepertiga malam" kerna pada waktu itu kita akan lebih dekat padaNya~~

“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan . Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan. Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua


Buat sahabat,renungilah kalimah2 di atas,dan insyallah mudah2an kita sentiasa muhasabah diri.Dosa kadangkala mendidik diri kita dan percayalah perkara khilaf pada masa lampau itu sebenarnya memberi kekuatan untuk kita berubah dan b'hijrah untuk kembali tidak melakukannya lagi.Mudah2an kita akan sentiasa menjadi yg lebih baik sebab syurga yg Allah janjikan itu hanya untuk golongan yg selayaknya.Renungan untuk diri ana juga yg sentiasa membuat khilaf..