Bismillahirrahmanirrahim..Dengan nama Allah ana mulakan bicara ana kali nie.Mudah2an kita sentiasa ikhlaskan niat di hati untuk terus hidup beramal di muka bumi Allah ini.Sengaja ana mulakan bicara ana dengan sepotong ayat dalam surah al-Hujurat ayat 13,yang mana Firman Allah telah menyatakan bahawa kita hidup d'muka Bumi ini untuk saling berkenal2an dan merapatkan silaturrahim antara satu sama lain.bak kata pepatah melayu "berkawan biar beribu,tapi bermusuh jangan satu"~~(teringat cikgu peribahasa ana time skul rendah,memang s'orang yg gigih dan x jemu untuk menerapkan nilai2 peribahasa dalam diri anak didiknya~thanx cikgu zaleha..pasti cikgu bangga dpt anak murid mcm saya kan..=)..perasan la plak).Dalam kehidupan ini tidak dinafikan kita saling memerlukan antara satu sama lain dan kita tidak dapat hidup bersendirian.Justeru itu "kawan" memainkan elemen penting dlm hidup kita.Dia akan menjadi refleksi pada diri kita,dan tiap2 detik dan saat kita bersama dengan dia akan terjalinlah satu ukhuwah yg mana dibina atas nama Sang Pencipta.
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititik beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan saja.Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya
RasuluLLah pernah bersabda yang bererti
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Sabda nabi diatas memang menggambarkan perihal yang berlaku sekarang,bagi ana mencari sahabat yg soleh itu perlu untuk kebaikan di dunia dan akhirat.tapi tak bermakna kita kena mencari yang baik dan soleh aje,dan membiarkan" sahabat2 yg lain"tergapai2(kan x patut jadinya,sebagai insan dan makhluk Allah habluminnas pun perlu dijaga,rapatkan ukhuwah sesama insan apabila satu ikatan jalinan terbentuk insyallah dari situlah kita dapat eratkan silaturrahim).Bantulah mereka seadanya dan jadilah sahabat yg terbaik buat mereka,sebab mereka memerlukan kita untuk berada di landasan yg betul.Sayangilah dan nasihatilah..Sesungguhnya Allah juga menyanyangi hambaNya yang sentiasa merapatkan silaturrahim antara satu sama lain~
Bagaimana untuk menjadi sahabat yg soleh??
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
Cubalah untuk menjadi sahabat yang baik dan soleh,x rugi pun malah insyallah kita akan mendapat "benefit" dari ukhuwah yg terjalin dengan niat lillahitaala~Apabila dia menghadapi kesusahan,kitalah orang pertama yg akan menghulurkan bantuan dengan nasihat,katakanlah padanya "La Tahzan Innallahamaana"~Sesungguhnya Allah bersama dengan kita.Apabila dia berduka,kitalah yang akan ingatkan dia dengan ayat2 suci kalamullah dan tidak putus2 memberi kata2 semangat dalam diri,Apabila dia dalam kekeliruan,kitalah yang akan membantunya memberi jalan penyelesaian dan yakinkan padanya bahawa Allah itu sayang pada hambaNya dan Dia tahu ape yg terbaik buat dirinya.Sematkanlah "nilai2" persahabatan dalam ukhuwah yg terjalin insyallah kita bertemu dan berpisah kerna Allah~
Bak kata pepatah Arab,
“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
~Pepatah di atas bukan suruh kita bersahabat dengan penjual minyak wangi,tapi disebalik yg tersirat bersahabatlah dengan orang yg akan membawa kita ke jalan yg lurus dan benar.Andai kita masih tercari2 sahabat yg sejati,carilah di surau2 atau masjid di kolej kita,kerna insyallah di situ kita pasti akan menemui insan yg boleh d'jadikan sahabat.Alhamdulillah mudah2an dengan d'kuniakan sahabat yg baik dan soleh,kita akan hidup saling ingat mengingati.Firman Allah dalam surah Al-A'la ayat 8-9 juga telah menyebut :
"Dan kami akan memudahkan bagimu ke jalan kemudahan(mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat),oleh sebab itu berikanlah peringatan,kerana peringatan itu bermanfaat
Sahabatku ingatlah!kita ibarat sehelai kain fitrah,yang putih
bersih,warnakanlah dengan akidah,hidup mengalir di muara kalamullah,belayar ke
pulau khaira ummah,bernakhoda istiqomah..
~sahabat semasa di sek raja perempuan taayah..windunye wajah2 sahabat..Doakan bersama agar kita tergolong dalam golongan Mardhatillah~
~Sahabat ketika di pasum yg sentiasa bersama2 di kala duka dan sedih..thanx sebab ku mengenali erti persahabatan yg sebenar disini.Terlalu banyak perkara yg ku belajar di sini dan alhamdulillah semuanya memberi "erti kehidupan" yg sebenar buat diriku.Apa yg kuharapkan hanyalah yg terbaik buat "sahabat" di pasum dan mudah2an kita sentiasa menjadi lebih baik dari semalam..windu najwa,atie,ika,k.mira,el,diba,hanis,sha dan ramai agi..
~Sahabat di UM..semakin meningkat umur,semakin ramai sahabat yg ku kenali..alhamdulillah..buat sahabat perjuangan saintis biomedik in future(amin..=)),insyallah ilmu yg kita pelajari di muka bumi Allah ni kita manfaatkan untuk AGAMA yg tercinta.sama2 kita tingkatkan ketaqwaan padaNYA sambil mempelajari ilmu di muka bumi Allah ini..chaiyok2 ye..bai,dayah,fida,nisa..=)
~Sahabatku@my soulmate najwa mat yasin..syukran kerna menjadi sahabat dunia dan akhirat.Ku bersyukur d'kurniakan seorang sahabt yg sentiasa memahami perasaan ku ketika duka dan lara,tidak jemu2 memberi nasihat dan sentiasa mendekatkan diriku padaNya.Alhamdulillah..luv u my soulm8.Apa yg kuharapkan hanyalah semoga persahabatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.Semoga kita bertemu dan berpisah kerananya.
mum..touched sgt bile bace post ni.inshaAllah persahabatan kita abadan abada.nway, suke gmbr *comot* kite tu.cam budak2.
BalasPadamp/s: sejuk mate tgk mum kai jilbab labuh.nti kte kai same2 neh mum =)