Rabu, 30 Jun 2010

Bilakah DOAKU akan dimakbulkan?


Apabila Allah cepat makbulkan doamu,maka dia menyayangimu..

" Dan apabila hamba2ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka(beritahu mereka);Sesungguhnya Aku sentiasa hampir(kepada mereka);Aku perkenankan permohonan org yg berdoa apabila dia b'doa padaKu.Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka b'iman padaKu supaya mereka menjadi baik serta benat"(al-baqarah;186)

Apabila Dia lambat makbulkan doamu,Dia ingin mengujimu....

Menurut al-khatabi;"Jika Allah tidak m'jawab doa s'seorang,Dia akan memberikan kepadanyai ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan atau menggantinya dengan pahala"

Menurut hukama; "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan,sedangkan sebenarnya ia d'makbulkan melebihi daripada apa yg d'pohon,atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang d'pinta,atau d'beriakn ganjaran pada hari kiamat"

Apabila Dia tidak makbulkan doamu,maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu..

"Boleh jadi kamu benci pada sesua2 padahal ia baik bagimu,dan boleh jadi kamu suka pada sesua2 padahal ia buruk bagimu.Dan ingatlah,Allah jua Yang Maha Mengetahui(semua i2)(al-baqarah;216)

Oleh itu,sentiasalah bersangka baik pada Allah..

"Aku bersama sangkaan hambaKu terhadap Ku,maka bersangkaan tentang-Ku apa sahaja apa yang kamu ingini"~hadis Qudsi.

(mufakkiratul mukminah)~~

Selasa, 29 Jun 2010

Cintailah rasul kita..




Hayatilah kisah kewafatan rasulullah SAW..Betapa sayangnya baginda pada umatnya sehinggakan saat2 detik kematian baginda pun masih teringatkan umatnya.Sujud syukur padaNya kerana mengurniakan rasul utusan terakhir yang begitu penyayang dan pengasih pada umatnya.Buat umat akhir zaman,perbanyakkanlah selawat padanya dan mengikuti segala sunnahnya sebagai tanda cinta dan kasih kita pada Nabi Muhammad SAW.Akhirulkalam..syukur padaNya kerana kita lahir sebagai umat Nabi Muhammad,sebaik2 ummah~~

Isnin, 28 Jun 2010

~jom jadi anak soleh.







Lagu sudirman nie sangat2 menyentuh hati sanubari ana.Hati mana yang tak tersentuh dengar lagu macam ni(kredit tuk arwah sudirman sebab dapat dedicate lagu yang besh ni)..alhamdulillah~mudah2an banyak lagi lagu2 yang boleh menyedarkan kita.Bercuti di rumah merupakan xperience yang plg bez sebagai pelajar mahasiswa sebab waktu cuti inilah kita dapat rehat cukup2..(pose dari belajar..ye kew??)..Selalunya seharian kita akan hadapi schedule life yang sama bangun pagi lecture,tutorial,assignment pas2 balik bilik rehat.malam pula sambung stadi dan buat preparation untuk esoknya.Memang komitmen sebagai seorang pelajar itu sangat penting tapi jangan kita sesekali lupa pada tanggungjawab sebagai seorang anak.

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Riwayat Ibnu Majah)

Hadith diatas menunjukkan betapa pentingnya redha seorang ibu dan ayah terhadap anaknya.sahabat yang ana kasihi,jasa ibubapa kita amatlah besar dan tiada tandingannya.'Mereka' sanggup memegang amanah(anak) yang d'beri dan cuba sebaik mungkin untuk mencorakkan kita yang pada asalnya ibarat kain putih yang suci.Sejak kita lahir,kita dibelai,dimanja, dan dididik untuk menjadi seorang anak yang soleh.Sewaktu kecil, apabila kita merengek di tengah malam buta, ibu kita dengan rela hatinya terpaksa bersengkang mata untuk memujuk dan memberikan susu. Manakala ayah pula sibuk berusaha untuk mencari nafkah untuk memastikan hidup kita sentiasa selesa.

Lihatlah betapa besarnya jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kita. Apakah tindakan kita yang sewajarnya untuk membalas jasa mereka ini? Pernahkah selama ini kita membuatkan mereka kecil hati? Sesungguhnya ingatlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Derhaka kita kepada mereka bererti derhaka kita kepada Allah Taala. Taatilah mereka selagi mana tidak bercanggah dengan hukum Islam. Berusahalah membahagiakan mereka. Sentiasalah berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya doa daripada anak-anak yang soleh inilah yang akan menerangi kehidupan mereka di alam barkzah nanti. Ingatlah suatu hari nanti kita juga bakal menjadi ibu dan ayah dan kita pasti akan mengharapkan agar dikurniakan anak-anak yang soleh sepertimana harapan ibu dan bapa kita juga.

“Beribadahlah kalian kepada Allah dan janganlah mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua … .” (An Nisa’ : 36)

“Dan Kami wajibkan manusia untuk berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kalian kembali lalu Aku khabarkan kepada kalian apa yang telah kalian kerjakan.” (Al Ankabut : 8)

(buat ayahanda shaari ismail dan ibunda norsham katan,anakanda ingin memohon seribu kemaafan andai tersalah dan silap kata dan syukran jazilan kerana telah mendidik dan membesarkan anakanda dengan sebaiknya.Anakanda doakan ayahanda dan ibunda sentiasa d'bawah rahmatNya dan doakan anakanda berjaya didunia dan akirat...halalkan makan minum anakanda..)

p/s ; hormatilah ibubapa kita selagi mereka masih ada di dunia ini..(jom jadi anak soleh)~~~

Rabu, 23 Jun 2010

sihat sebelum sakit..


Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana masih diberikan kekuatan untuk ana berkongsi bicara.Disebabkan agak sibuk dengan exam pada minggu ini ditambah pula dengan keadaan diri yang tidak begitu menyenangkan post ana tergendala sebentar.Sepanjang week exam macam2 alkisah dan dugaan yang ana hadapi.Namun ana tetap anggap “ia” sebagai ujian dan tanda Allah sayang pd hambaNya.Lagu Raihan (demi masa) mengingatkan ana pada nikmat yg d’beri olehNya.

“ingat lima perkara sebelum 5 perkara; sihat sebelum sakit,muda sebelum tua,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit,hidup sebelum mati”~~~(menusuk kalbu ana..=) )

“sihat sebelum sakit”...~~~manusia bila d’beri nikmat dia akan b’syukur,namun bila d’tarik nikmat dia akan kufur.Begitulah sifat lumrah manusia dan pada hakikatnya memang kita suka sesuatu yang senang dari yang susah.Nikmat kesihatan yang Allah beri pada kita kadang2 d’persia2kan begitu saja tanpa apa2 manfaat dan apabila d’uji dengan sakit kita mengeluh.nauzubillah~sahabat yang ana kasihi,ketahuilah sesungguhnya “sakit” yang Allah beri itu adalah ujian buat kita dan pengampunan dosa drNya.Sakit yang Allah bagi dekat kita di dunia ini sikit sahaja jika hendak d'bandingkan kesakitan yang bakal kita alami d'dunia akhirat kelak.Percayalah dengan janji Allah tiap2 penyakit i2 ada penawarnya.Ana ada seorang sahabat yang menghidapi barah dan hamba Allah ini sangat tabah melalui liku2 hidupnya.walaupun terpaksa menangguhkan pengajian medic di um selama 2 tahun utk m’jalani chemotherapy namun ana tahu dia tabah m’hadapinya~(Insyallah..ana tahu dia kuat..be strong ya..).Tersentuh ana pada satu hadith nabi yang meriwayatkan tentang sepanjang s’seorang itu d’timpa sakit,Allah akan mengampuni dosa2nya.Lihat betapa Allah Maha Pengasih pd hamba2Nya..kita??...Sebab ana yakin apa yang datangnya dr Allah semuanya baek2 belaka dan ada hikmah yang tersendiri.Cuma manusia perlu menggunakan akal yang d’beri untuk berfikir dengan sebaik2nya,..Link bawah ni ana dpt dari i luv islam dan mudah2an dpt d’kongsi bersama akhi wa ukhti~~(simple words from me)~~


iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Jumaat, 18 Jun 2010

~Madah pengubat hati yang lara..~






“Hapuslah air matamu dengan b’prasangka baik kepadaNya,buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu”

“Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan b’tindih-tindih menghimpit anda,ucapkanlah Laa ilaha Illallah”

“Allah menyukai orang yang suka bertaubat kerana mereka kembali kepadaNya” dan mengadukan perihal padaNya”

“ Terkadang Allah memberi nikmat kepada satu golongan sesudah cubaan yang besar dan menguji golongan yang lain sesudah memberi nikmat”

“Berhentilah dari merenungi dosa ,tetapi renungilah amalan yang baik sebagai penggantinya”

“Percayalah bahawa kebahagiaan adalah seperti mawar yang d’tanam.Tidak langsung tumbuh sebaik d’tanam tetapi ia pasti akan tumbuh”



~p/s;kadangkala diam itu lebih baik dari berkata-kata~

Jumaat, 11 Jun 2010

~lirikan mata ...


“Pandangan mata itu laksana anak panah beracun daripada anak panah iblis.Sesiapa menahan pandangannya daripada keindahan-keindahan wanita,maka Allah mewariskan kelazatan beribadat di dalam hatinya...”

Mata merupakan salah satu anugerah Allah yang tidak ternilai buat hamba2Nya.Betapa Maha suci Allah menciptakan mata untuk memudahkan pergerakan buat hamba2Nya.Namun tidak semua berpeluang menikmati “anugerah” ini dan ada di antara mereka yang tidak mampu merasainya sejak dari lahir lagi. Sesungguhnya tiap2 kejadian itu pasti ada hikmahnya,bukan Allah tidak sayang pada mereka yang tidak dapat menggunakan pancaindera(buta) ini,tapi Allah lebih menyayangi mereka lagi.Bahkan kemungkinan mereka lebih mulia dari kita kerana mereka menggunakan “mata hati” untuk melihat berbanding manusia normal macam kita.Teringat ana satu kisah yang ana baca dari buku “jadilah wanita paling bahagia” yang dikarang oleh Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni(one of my admire instead of ustaz pahrol n H.M. tuah~~)

Kisah ini m’ceritakan seorang lelaki yang buta,namun hidupnya sangat bahagia disamping isterinya yang menyintainya dengan tulus,anaknya yang taat dan rakannya yang sangat jujur.Satu2 nya yang menjadi kekurangan kebahagiannya adalah kegelapan yang diharunginya.Dia b’harap sua2 hari nanti,dia dapat melihat cahaya,sehingga dia dapat menyaksikan kebahagiaan di depan mata kepalanya sendiri.Lantas dengan penuh harapan dia segera b’jumpa dengan pakar mata untuk memulihkan penglihatannya dan akhirnya dia bertemu juga dgn ubat yang mampu mengubatinya.Selepas beberapa hari,dia dapat melihat cahaya kembali dan bearsa begitu gembira.Lalu dia segera untuk memberitahu isterinya dan alangkah kecewanya seorang zaujun(suami) apabila melihat isterinya yang taat itu sedang b’madu kasih dengan sahabat baiknya sendiri.Betapa luluhnya hati lelaki itu tadi.Selanjutnya dia pergi kebilik anaknya di sebelah dan mendapati anaknya sedang membuka peti besi dan mencuri hartanya.Dengan perasaan seribu penyesalan dia b’jumpa kembali dengan pakar mata itu dan memberitahu bahawa ini bukanlah terapi mata tetapi sihir yang gila..Kemudian dia mengambil paku dan membutakan matanya balik dengan harapan kebahagiaan yang dulu akan kembali semula~~wallahualam..

Di sebalik kisah yang tersirat ni,kebutaan yang sesungguhnya adalah buta hati~~~biarlah mata buta tapi jangan biar hati kita buta.kalau “hati sudah buta” dunia ini terasa begitu indah d’mata.Jagalah pandangan mata kerana bila mata mula menyihir hati akan mula terusik(ingatan buat ana juga)~~ ”pandangan mata selalu menipu ,pandangan hati i2 yang hakiki” bak kata hijjaz dalam lagu pandangan mata...wallahualam..

Rabu, 9 Jun 2010

~ilmu penyuluh hidup..




Ilmu dianggap sebagai pelengkap dalam kehidupan muslim.Tanpa ilmu pengetahuan,hidup di dunia ini seperti tiada arah tujuan dan matlamat yang pasti.Pernahkah kita terfikir “life without knowledge”??..ibarat telur di hujung tanduk..hidup akan mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.Ilmu ibarat kebal atau perisai yang akan menjadi pelindung bagi diri.Ana suka bila berbicara tentang ilmu sebab bagi ana ilmu pengetahuan Allah ini amatlah luas sehingga hukama’ ada mengatakan “tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad”.Dari sini kita dapat lihat betapa pentingnya ilmu itu dan ia tidak akan habis sampai bila2.Sejak dari kecil lagi kita didik oleh ibubapa untuk belajar dari tadika,sekolah rendah,menengah,universiti dan sampai kita pun berkeluarga dan peroleh zuriat..proses yang sama akan berlaku..Sejak mula kita dilahirkan pun,kita telah mula belajar satu kalimah suci Allah di telinga kanan dengan azan(satu kalimah yang mengajak kepada Tuhan dan mengajak kepada kejayaan.),.

Khususnya dalam menuntut ilmu ini,subjek “membaca” sangat d’tekankan dalam islam tentang kepentingannya.Sedangkan kalimah pertama yang d’turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah “IQRA” (bacalah).Ini bermakna Allah tidak memulakan komunikasiNya dengan ummat Nabi Muhammad dengan kalimah ‘sujudlah” atau “ingatlah” atau “berjuanglah”.Sebaliknya Allah memilih kalimah “bacalah”.Pasti ad maksud tersirat di sebalik kejadianNya.tepuk dada tanya iman sahabat..
Ana ingin berkongsi satu hadis yang berkaitan tentang ilmu dan manusia.Dalam sebuah hadis sahih(riwayat al-Bukhari no 79 dan muslim no 6093),Rasulullah telah membuat satu perumpamaan tentang hidayah dan ilmu.hidayah dan ilmu(ibarat hujan lebat yang turun ke bumi)..manusia(ibarat tanah bumi).Kemudian Rasulullah membahagikan tanah ini kepada 3 jenis

Jenis pertama; Di antara tanah itu ada yang suci dan baik boleh menerima air,lalu tumbuhlah rumput2 yang banyak diatasnya

Jenis kedua ; Di antara tanah itu pula ada yang tidak menumbuhkan tanaman,ia menakung air maka dengannya Allah memberikan manfaat kepada orang ramai,mereka minum dan b’cucuk tanam.

Jenis ketiga; Hujan menimpa tanah ini,namun ia hanyalah tanah yang gersang,tidak mampu menakung air dan tidak pula dapat menumbuhkan rumput.

Apa signifikasi bagi jenis2 tanah diatas??bagi jenis tanah pertama ia menggambarkan golongan manusia yang memerima ilmu dan hidayah dari Allah s.w.t lalu beramal dan manfaatkan untuk diri mereka sendiri serta untuk kemanfaatan orang lain dengan menyebarkannya.Bagi jenis yang kedua,ia menggambarkan golongan yang juga baik.walaupun mungkin mereka tidak begitu mengambil faedah dari ilmu itu,tapi berjaya menyebarkan pada orang lain.Dan jenis yang ketiga,golongan ini langsung tidak mahu menuntut imu,dirinya juga tidak memberikan apa2 manfaat kepada orang lain.

Jadi para sahabat yang ana kasihi,tanah jenis apakah kita ini??adakah tanah yang pertama?kedua?atau ketiga..Ana b’harap kita semua akan m’jadi jenis tanah yang pertama yang sentiasa mendambakan ilmu Allah,beramal dengannnya dan menyampaikan pada orang laen.Dats da best way of life~~~Hadis itu sudah cukup untuk kita semua “termenung sambil melihat “hujan” menimpa “tanah”..akhirulkalam..teringat ana satu hadis yang mengatakan sampaikanlah ilmu itu walaupun sepotong ayat.insyallah kita amalkan dalam hidup..ISLAM IS DA WAY OF LIFE~~~wallahualam..

Ahad, 6 Jun 2010

Simbol-simbol Illuminati Dalam Produksi Hollywood




~Video di atas ana nak kongsi bersama sahabat sebagai pendedahan kpd segala muslihat yahudi yg cube m'gunakan media sbg pengaruh ideologi barat..
Cuma kita sbg muslim tidak sedar bahawa "mereka" cuba menyampaikan mesej pd kita.Banyak lagi simbol2 yg cuba d'dedahkan melalui filem2 contohnya AVATAR, 2012.simbol yg cuba d'sampaikan sumenya associate dgn makhluk yg b'mata ganjil(DAJJAL)..nauzubillah."Mereka" percaya pada kewujudan makhluk dajjal yg b'mata satu ini.
Alhamdulillah ana b'kesempatan utk m'dgr ceramah yg d'sampaikan oleh ustz syaari di API UM....Beliau m'dedahkan seribu satu maksud yg tersirat melalui filem2 yg d'create oleh pihak barat.Contohnya filem 2012 yg agak famous pada satu ketika dulu yg cuba m'dedahkan tentang kemusnahan alam dan bumi..atau lebih d'signifikasikan sebagai (WW3)..PERANG DUNIA KETIGA??....adakah ini yg d'namakan perang dunia akhir zaman?wallahualam..sedarlah kita dr terlena wahai sahabat sbg peringatan bersama.Persiapkan diri sebelum terlambat.Jangan biarkan musuh menguasai diri.ISLAM akan bangkit jua akhirnya..ALLAHUAKBAR~~~

Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda:
Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbulnya fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku al-harj.
Sahabat bertanya: Apakah al-harj itu hai Rasulullah?
Nabi saw menjawab : Peperangan demi peperangan demi peperangan.
(Hadis riwayat Ibnu Maajah
)

p/s; sahabat persiapkan diri dgn EQ,IQ DAN SQ..(emotional,intelectual and spiritual)= formula kejayaan sultan mahmed Al-Fateh 2 menawan constatinopale).wallahualam..

Sabtu, 5 Jun 2010

~H.A.T.I




"Demi diri (manusia) dan yang menyempurnakanNya (Allah), Lalu diilhamkan (Allah) kepadanya mana yang buruknya dan mana yang baiknya, Sesungguhnya telah menanglah orang yang membersihkan (jiwanya), Dan merugilah orang yang mengotorkannya"

Di kehinangan malam ku merintih pdMU..
Engkau sucikanlah hatiku ini dari dosa dan noda..
Peliharalah diriku ini dari kealpaanMU..
Hanya Engkau tempatku mengadu segala2nya..

Sesungguhnya hambamu ini tidak kuat utk m'hadapi ujian drMu...
Engkau tabahkanlah hatiku ini dan kuatkanlah imanku..
Jadikanlah diriku ini hamba yg sentiasa b'syukur padaMu..
Supaya diriku sentiasa m'jadi hamba yg d'redhaiMu.

Jodoh dan maut itu segala2nya adalah ketentuanMu..
Hatiku ini hanyalah milikmu ya Rabbi..
Hanya Engkau selayaknya yg menentukan hati ini milik siapa..
Engkau tetapkanlah hatiku ini agar tidak tersasar dr cintaMu..

(nukilan..sendirian berhad..dari hati asrar qalbi)..

Jumaat, 4 Jun 2010

the great man..subhanallah~~



~Ana kagum dgn kisah kehidupan seorang imam dari egypt( Shaykh Yasir Salamah).Betapa kuatnya iman di dalam hati..d'beri nikmat dapat menghafal mukjizat kalamullah dlm tempoh masa yg pendek..subhanallah.sebab ape yg ana tahu untuk m'jadi s'orang yg "hafiz" bukan senang dan hanya org yg betul2 mujahadah saje yg mampu.insyallah ana teringin utk m;jadi salah s'orang dlm golongan d'atas..(doakan ana ye..=).)..lets go through his story life..and take da lesson sahabat..


WHEN WILL I SEE YOU AS A HAFIDH QURAN?

~ujian buat hamba2nya..




"Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang
terbaik amalannya"(surah al-mulk ; 3 )

Setiap makhluk yang b'gelar manusia di muka bumi Allah ini pasti akan d'uji olehNya.Bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.Meman sebagai hamba abdi pada tuannya,ujian sudah m'jadi satu lumrah dalam hidup.

Allah itu Maha Adil sahabat,setiap orang akan d'beri ujian mengikut kemampuan hamba2Nya.Lihat betapa Allah sayang pada kita cuma ada sesetengah individu muslim yang masih tidak peka pada keprihatinanNya pd kita.tepuk dada tanya iman pada diri..adakah kita tergolong dalam golongan di atas??nauzubillah..Berbalik pada asal kejadian manusia d'ciptakan adalah untuk m'abdikan diri padaNya.Jadi mmg layaklah kita d'uji olehNya.Para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian berkata:

“Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

Ramai diantara kita yg melihat ujian sbg sua2 yg negatif pd zahirnya contohnya kemiskinan,kegagalan dlm exam,kematian,kehilangan benda yg tersayang..Tapi pada hakikatnya sahabat,sesua2 yg positif i2 juga merupakan ujian drNya.Allah telah m'duga Qarun dengan kekayaan yg melimpah ruah dan akhirnya apa jadi??akibat ketamakan dan kekufuran d'terbalikkan Qarun dan hartanya menjadi lautan..kdg2 ana t'fikir mmg segala ketentuanNya mempunyai asbab yg kuat pd tiap kejadian yg d'rancang.Memandangkan kos ana ni hanya 3 tahun dan berbeza dgn universiti yg laen 4 tahun,ana ngan kosmate ana terpaksa korbankan masa cuti untuk menuntut ilmu~~bila ana fikir balik walaupun terpaksa wat special sem sedangkan sahabat2 kos laen b'gembira cuti d'rumah ada hikmahnya.maybe klu ana dekat rumah boleh jadi alpa dgn tv lebih2 lagi musim cuti sekolah(pasti ada rancangan yg bez2~pd hakikatnya ana peminat csi)..alhamdulillah banyak himahnya..yg utama pasti dapat m'habiskn masa dgn kuliah pengajaran and learn new topic..ukhuwah antara sahabat jugak dpt d'eratkan(biasa klu duduk hostel mmg sahabat yg m'jadi teman sepanjang hari..)..(Syukran ye insan yg b'nama rafidah,nisa,baizatul n hidayah..=))..

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.

~~UJIAN MEHNAH KEHIDUPAN DARINYA...~~

Selasa, 1 Jun 2010

~hikmah di sebalik kejadian

Semalam masih menghantui saya hari ini. Malam tidur kurang lena. Termimpi-mimpi mereka yang ditawan di Israel sana. Seakan keluarga saya sendiri yang ditawan. Berdebar-debar menanti keadaan nasib mereka.

Hingga hari ini, update yang didapati adalah sangat kurang dan kebanyakannya masih tidak mampu dijelaskan kesahihannya.

Sungguh saya melihat gelombang besar di dalam Facebook apabila kebanyakan news feed galak mencritakan peristiwa 31 Mei 2010. Forward memforward mesej, bertukar-tukar berita, laungan-laungan semangat, celaan dan selaan kepada Israel, kata-kata pembakar kepada kepimpinan dan 1001 macam lagi ekspressi.

Saya memandang jauh. Berhadapan realiti, saya tahu kemenangan tak akan sampai esok.

Justeru saya suka agar yang mengikuti Langit Ilahi belajar dari peristiwa.

31 Mei 2010, apa yang Allah nak ajar kita?

Di sini kita muhasabah diri dan melihat kunci kemenangan yang sebenarnya.




Hakikat sebuah perjuangan

Mungkin sebelum ini, kita sering sahaja melaung-laung akan perjuangan. Saya masih ingat betapa dari saya kecil, entah sudah berapa orang menyebut, dan entah sudah berapa kali saya dengar, suara-suara yang menyatakan harapan mereka:

“Ana nanti, nak pergi Palestin, bantu orang di sana”

Dan apabila konvoi Lifeline4Gaza bergerak, saya melihat realitinya. Manusia-manusia yang membumikan harapan mereka yang besar lagi tinggi. Mereka ini, kita lihat, akhirnya tersekat di tengah perjalanan ditahan oleh Israel. Lebih memburukkan, diserang dan ada yang terbunuh. Israel dengan berani menuduh pula bahawa orang di atas kapal yang menyerang terlebih dahulu.

Konvoi yang sekadar membawa bantuan kemanusiaan, dilayan lebih teruk dari binatang.

Maka, itulah dia hakikat perjuangan yang sebenar. Punya risiko. Perjuangan bukanlah satu jalan ‘pasti selamat’ yang kita lalui. Tetapi pejuangan adalah satu jalan yang menuntut pengorbanan.

Maka saya suka kita memandang semula kehidupan kita.

Apa yang telah kita korbankan?

Kadangkala, masa lapang pun sukar untuk kita berikan. Harta pun lokek kita kongsikan. Apatah lagi mengorbankan nyawa dengan mengambil risiko berjuang di atas jalan Allah.

Sungguh, kita hanya ada di pinggiran.


Hari ini terjadi, kerana kebodohan semalam

Walaupun saya amat sakit hati dengan tindakan Israel, sikap mereka, dan tindakan konco-konco mereka, saya tetap memandang bahawa apa yang terjadi hari ini adalah kerana kebodohan ummat Islam itu sendiri sebelum ini.

Kita lihat kehidupan kita. Kita lihat bagaimana keadaan negara-negara yang mencanangkan dirinya negara Islam. Kemudian kita lihat keadaan rakyat-rakyat di dalam negara Islam itu pula. Bagaimana keadaannya?

Kita lihat pula pergerakan-pergerakan dakwah. Bagaimana keadaannya?

Dan kita akan melihat betapa sebelum ini, kita asyik bergaduhan, berpecah belah, larut dalam kemaksiatan, lemas dalam kemungkaran, jauh daripada Allah SWT, tidak mengambil tatacara hidupNya, tidak membumikan ajaran RasulNya, dan melakukan 1001 macam kerosakan baik kepada diri, keluarga, rakan, mahupun negara.

Ummat Islam yang tidak faham Islam menghina-hina Islam. Ummat Islam yang faham Islam pula malas menyebarkannya. Yang menyebarkannya pula bergaduhan akan teritori dakwahnya. Yang bergaduhan, berakhir dengan benci membenci sesama mereka.

Kalau kita semua semenjak dahulu lagi tidak memakai pakaian kemegahan dunia, dan telah menyarung pada diri mereka qamis akhirat, nescaya tiada kebaculan kita, pemimpin-pemimpin kita hari ini yang mampu membuatkan perkara ini terjadi. Kapal kemanusiaan terapung di atas laut tanpa diiringi tentera yang boleh menjaga keselamatan? Itu sahaja sudah menunjukkan betapa negara-negara Islam tidak sensitif dengan semangat rakyatnya sendiri.

Dan lihatlah pula kita. Berapa ramai antara kita yang peka dan sensitif? Berapa ramai antara kita yang mengambil Islam sebagai cara hidup? Berapa ramai pula antara kita yang faham akan tuntutan diri sebagai hamba Allah? Berapa ramai pula yang menyebarkannya? Berapa ramai yang senang bersatu berbanding bergaduh?

Berapa ramai dan berapa ramai?

Sudah nyata, apa yang berlaku hari ini, itu kebodohan kita dahulu.

Dan Allah menunjukkan pembayarannya kepada kita hari ini.

Kita lemah dan tidak berdaya.

Hanya mampu menjerit sahaja.


Allah memperkenalkan wajah sebenar musuh kita

Selamat berkenalan dengan Israel Zionis. Itulah yang mampu saya sebutkan apabila peristiwa kejam 31 Mei 2010 berlaku. Ya, itulah dia Israel Zionis. Saya tak faham jika masih ada lagi yang hendak memberikan justifikasi kepada musuh-musuh Allah itu.

Sungguh, sikap mereka telah Allah nyatakan di dalam Al-Quran semenjak dahulu lagi.

Kita mungkin sebelum ini menyangka bahawa Israel hanya bermusuh dengan manusia di Palestina. Tetapi itulah kesilapan kita. Hakikatnya Israel bermusuh dengan sesiapa sahaja yang berusaha melakukan kebaikan. Sebab itu mereka tidak teragak-agak membunuh mereka yang ada di atas kapal semalam. Mereka juga tidak teragak-agak membuat tuduhan palsu.

Allah ingin menyatakan kepada kita, itulah dia Israel. Bukannya Israel tidak tahu bahawa kapal itu sedang diperhatikan perjalanannya oleh seluruh dunia. Tetapi mereka tetap berani melakukan sedemikian teruknya. Maka, pastinya lebih teruk lagi telah mereka kerjakan Palestin yang terputus dari dunia dikelilingi tembok kematian.

Itulah dia musuh kita.

Dan itulah dia yang menguasai dunia. Itulah dia yang kita sokong selama ini secara tidak langsung menggunakan hiburan yang melampau, menggunakan dosa-dosa, menggunakan maksiat kepada Allah SWT. Secara tidak langsung, kita menjadi askar-askar senyap mereka yang membuatkan merkea kuat hingga ke hari ini.

Sungguh hairan orang yang masih redha dengan kehidupannya yang bernaung bawah kekuasaan manusia yang ingkar dengan Allah SWT jika dia menyedari hal ini.


Jalan kemenangan bukan dengan jeritan

Saya dapat melihat betapa jeritan, laungan, seruan di dalam Facebook atau di mana-mana sahaja berkenaan peristiwa ini akan senyap tidak berapa masa lagi. Forward-memforward gambar akan berhenti. Post-post berkenaan Palestin akan surut kembali tidak lama lagi.

Saya kira, nanti apabila tawanan perang dibebaskan, dunia akan senyap kembali. Alangkan pembunuhan besar-besaran seperti Shabra dan Shatilla yang menggemparkan dunia pun akhirnya senyap begitu sahaja. Apatah lagi 20 orang yang mati di atas kapal yang cuba merentas Gaza tanpa kebenaran Israel?

Ya, itu realitinya. Jiwa ummat terbius. Semangat hanya hangat-hangat tahi ayam. Kita sampai satu tahap rasa telah menang. Menang sorak sahaja hakikatnya. Kita rasa puas dengan membakar bendera Israel. Mendelete lambang-lambangnya di dalam komputer. Menyelar-nyelarnya di dalam internet. Mendoa laknat dan kehancuran untuk mereka.

Tetapi kita lupa, kemenangan memerlukan lebih daripada itu.

Kemenangan perlukan jiwa yang memahami matlamat yang jelas. Kemenangan memerlukan kesatuan yang utuh. Kemenangan perlukan pengorbanan. Kemenangan perlukan perancangan yang bersistematik. Kemenangan bukannya datang sepantas esok apabila kita berusaha hari ini. Kemenangan bukannya datang dengan jeritan-jeritan kita.

Jerit, laung, doa, yang kini hangat di alam maya, itu semua hanyalah pembakar semangat.

Api, tetap akan padam jika tiada bahan bakarnya yang konsisten.

Persoalan utama, apakah kita telah memenuhi ciri-ciri untuk diberikan kemenangan?

Jangan fikir jerit kita, laungan kita, forward-forward gambar kita, semuanya itu bermakna untuk kemenangan seandainya kita sendiri dalam bentuk jasad dan kehidupan tidak bergerak menewaskan Israel di dalam jiwa kita, di dalam tatacara kehidupan kita.

Israel hanya akan tewas, bila ummah dalam kondisinya yang baik.

Maka siapa yang menggerakkan dirinya, memperbaiki dirinya, dan mengajak masyarakat sekeliling agar kembali kepada Allah SWT? Siapa yang menggerakkan dirinya, agar ikhlas bersatu dengan sahabat-sahabat muslimnya yang lain? Siapakah yang mendidik dirinya agar kehidupannya bergerak atas lembayung Allah SWT?

Siapakah yang berusaha untuk menang ini?


Penutup: Apa yang mereka ada, apa yang kita tiada?

Akhirnya, saya suka kita mengambil pengajaran yang mendalam akan hal 31 Mei 2010. Memang Israel kejam. Tetapi jika difikirkan semula, itulah dia tugasan dan kerja musuh-musuh Allah. Bukankah kita yang lebih kejam daripada Israel sekiranya kita hidup bukan dengan kehidupan Islam yang akhirnya membawa kepada kelemahan ummah dan menyebabkan peristiwa seperti ini berlaku?

Saya suka kita memandang zaman-zaman kemenangan Islam. Zaman Saidina Umar Al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayubi. Mari kita soal diri kita, apa yang dua zaman itu ada, dan apa yang kita tiada?

Zaman itu ada masyarakat yang hidup betul-betul dengan kehidupan Islam, duduk betul-betul di bawah lembayung redha Allah SWT, bersatu, bersih akhlak dan ibadah, pemimpin yang adil, rakyat yang faham dan semuanya tetap menjungjung agama Allah SWT dalam apa jua keadaan.

Zaman itu ada semua itu.

Zaman kita apa yang ada?

Maka saya melihat, jika hendakkan kemenangan, maka mahu atau tidak, itu semua perlu kita dapatkan kembali.

Dahulu, negara-negara arab pernah menggerakkan Perang Enam Hari. Mesir, Jordan dan Syria bergabung untuk menewaskan Israel yang sekangkang kera. Tetapi akhirnya, ketiga-tiga negara itu tewas dan akhirnya Israel menjadi tuan mutlak ke atas Palestina.

Kenapa mereka tidak menang?

Jawapan saya, mereka tidak memenuhi ciri-ciri kemenangan.

Tidakkah kita mengambil pengajaran?

Sesungguhnya, Allah itu tidak pernah meninggalkan kita. Tetapi kitalah yang meninggalkan Allah SWT

~sumber;langitillahi.com..(hilal asyraf)