Isnin, 28 Jun 2010

~jom jadi anak soleh.







Lagu sudirman nie sangat2 menyentuh hati sanubari ana.Hati mana yang tak tersentuh dengar lagu macam ni(kredit tuk arwah sudirman sebab dapat dedicate lagu yang besh ni)..alhamdulillah~mudah2an banyak lagi lagu2 yang boleh menyedarkan kita.Bercuti di rumah merupakan xperience yang plg bez sebagai pelajar mahasiswa sebab waktu cuti inilah kita dapat rehat cukup2..(pose dari belajar..ye kew??)..Selalunya seharian kita akan hadapi schedule life yang sama bangun pagi lecture,tutorial,assignment pas2 balik bilik rehat.malam pula sambung stadi dan buat preparation untuk esoknya.Memang komitmen sebagai seorang pelajar itu sangat penting tapi jangan kita sesekali lupa pada tanggungjawab sebagai seorang anak.

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Riwayat Ibnu Majah)

Hadith diatas menunjukkan betapa pentingnya redha seorang ibu dan ayah terhadap anaknya.sahabat yang ana kasihi,jasa ibubapa kita amatlah besar dan tiada tandingannya.'Mereka' sanggup memegang amanah(anak) yang d'beri dan cuba sebaik mungkin untuk mencorakkan kita yang pada asalnya ibarat kain putih yang suci.Sejak kita lahir,kita dibelai,dimanja, dan dididik untuk menjadi seorang anak yang soleh.Sewaktu kecil, apabila kita merengek di tengah malam buta, ibu kita dengan rela hatinya terpaksa bersengkang mata untuk memujuk dan memberikan susu. Manakala ayah pula sibuk berusaha untuk mencari nafkah untuk memastikan hidup kita sentiasa selesa.

Lihatlah betapa besarnya jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kita. Apakah tindakan kita yang sewajarnya untuk membalas jasa mereka ini? Pernahkah selama ini kita membuatkan mereka kecil hati? Sesungguhnya ingatlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Derhaka kita kepada mereka bererti derhaka kita kepada Allah Taala. Taatilah mereka selagi mana tidak bercanggah dengan hukum Islam. Berusahalah membahagiakan mereka. Sentiasalah berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya doa daripada anak-anak yang soleh inilah yang akan menerangi kehidupan mereka di alam barkzah nanti. Ingatlah suatu hari nanti kita juga bakal menjadi ibu dan ayah dan kita pasti akan mengharapkan agar dikurniakan anak-anak yang soleh sepertimana harapan ibu dan bapa kita juga.

“Beribadahlah kalian kepada Allah dan janganlah mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua … .” (An Nisa’ : 36)

“Dan Kami wajibkan manusia untuk berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kalian kembali lalu Aku khabarkan kepada kalian apa yang telah kalian kerjakan.” (Al Ankabut : 8)

(buat ayahanda shaari ismail dan ibunda norsham katan,anakanda ingin memohon seribu kemaafan andai tersalah dan silap kata dan syukran jazilan kerana telah mendidik dan membesarkan anakanda dengan sebaiknya.Anakanda doakan ayahanda dan ibunda sentiasa d'bawah rahmatNya dan doakan anakanda berjaya didunia dan akirat...halalkan makan minum anakanda..)

p/s ; hormatilah ibubapa kita selagi mereka masih ada di dunia ini..(jom jadi anak soleh)~~~

1 ulasan: