Sabtu, 5 November 2011

salam aidiladha

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ...
مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً
Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
~Salam aidil adha buat muslimin dan muslimat ikhlas dari penulis ak.a asrar qalbi.Mudah2an kita sama2 hayati nilai "pengorbanan" itu sendiri dlm kehidupan seharian kita.Sebagai seorang hamba Allah, ummah nabi, anak yang soleh dan pelajar yg berjaya di dunia dan akhirat, nilai "pengorbanan" itu akan lebih bernilai andai disulami dengan niat yg ikhlas lillahitaala.





Mode : Alhamdulillah berakhir sudah penantian untuk menyiapkan thesis..setelah melalui pelbagai2 "pengorbanan",akhirnya diri penulis berjaya membukukan thesis..mmg benar kata hukama " mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis".kalau nak dapatkan sesuatu yg berharga,kita kena sentiasa mengorbankan sesuatu dengan niat keranaNya juga..~mudah2an Allah permudahkan segala urusan dan dapat grad dengan segulung ijazah pada tahun depan..( rasa gembira kerna x sabar nak grad :p, rasa sedih sebab nak meninggalkan tempat pengajian selama menuntut 4 tahun di um,insyallah ada rezeki boleh sambung belajar lagi)...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan