Jumaat, 11 November 2011

Milik siapa hati ini??

Bismillahirrahmanirrahim dan dengan lafaz syukur ke hadratNya atas kurniaan nikmat sihat dan masa lapang yg d'beri untuk diri ini menulis di teratak asrar qalbi ini..Tidak lupa pada junjungan Nabi Muhammad S.A.W sebagi qudwah hasanah sebagai role model dlm hidup kita..Hati kita ini milik siapa??sudah tentu hati kita milik Sang Pencipta..sebab Dia yg menciptakan manusia itu dengan sempurnanya ...Subhanallah..dengan segala nikmat yg d'beri kita dapat hidup di atas bumi ini lagi..pernah x kita terfikir mengapa kita masih d'beri umur yg panjang untuk hidup di atas bumi ini???

Sesungguhnya hanya Dia yg Maha Mengetahui segala2Nya,..boleh jadi Dia mahu peluang umur yg d'beri untuk kita lebih bertaubat dan saling memberi manfaat pada org lain..apa yg penting dlm hidup ini moga hati2 kita ini sentiasa diberi hidayah dan taufik olehNya..kerna tanpa hidayah tidak akan terlintas di hati kita untuk ke arah kebaikan dan tanpa taufik juga kita tidak mampu untuk melakukan amal ke arah yg lebih baik..Oleh itu,kita sentiasa digalakkan untuk berdoa padaNya agar sentiasa ditetapkan hati kita ini..

Allah pemilik segala hati, seperti doa rasululah ;

يا مقلب القلوب، ثبت قلبي على دينك
(Wahai Tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini atas agamaMu)





Mudah2an Allah sentiasa tetapkan hati2 ini dan thabit untuk sentiasa menggapai redha dan CINTA drNya...Sebab "pangkal lidah adalah hati"..insyallah bilamana kita sentiasa menjaga hati kita,kita akan sentiasa diberi kekuatan untuk m'jaga lidah kita dr percakapan yg sia2..Beralih topik tapi still attach to the topik "hati"..Diri penulis tertarik dengan video nie, hati ini milik siapa??Mudah2an Allah sentiasa beri nikmat pada kita untuk sentiasa mendambakan cinta padanYA, iaitu cinta yg paling hakiki........

milik siapa hati ini??


Jika mereka memilih untuk bertemu
Aku memilih untuk tidak bertemu,

Jika mereka memilih untuk kerap bermesej
Aku memilih untuk tidak bermesej,

Jika mereka memilih untuk saling mengingati
Aku memilih untuk tidak mengingati kamu,

Jika mereka memilih untuk saling merindui
Aku memilih untuk tidak merindui kamu,

Kerana apa pilihanku berbeza dengan mereka?
Kerana kamu belum tentu jadi milikku,

Aku lebih rindukan Pencipta ku
Aku lebih senang bertemu dengan Pelindung ku
Aku lebih suka bermesej dengan Kekasihku dengan hanya berdoa
Aku lebih selesa mengingati Dia yang sering mengingatiku
Aku sayang kamu namun aku lebih sayang Dia
Terima kasih kerana memahami caraku.
(nukilan:Shabab Al-Adin / Shabab Al-Aiman)

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan مَوَدَّةً kasih sayang وَرَحْمَةً dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar Rum:21)

mode : ''Allah tahu apa yang kamu rahsiakan, apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu lakukan''......Allah Maha Mengetahui segala aspek percakapan kita sama ada secara zahir ataupun dalam HATI kita,walaupun kita boleh tipu manusia dengan percakapan kita tapi hakikatnye kita tidak boleh berdusta padaNya..

4 ulasan:

  1. :)..ulasan yang bagus, teruskan lagi bertinta didunia blog ini

    BalasPadam
  2. coretan yang sangat menyentuh naluri kewanitaanku... menyedarkanku, menguatkanku.. syukran:)

    BalasPadam
  3. bintun shaari..:)xde update entry baru ka??singgah sekejap bace blog asrar qalbi..^-^

    BalasPadam