Ahad, 15 Januari 2012

Rinduku padamu ya Rasulullah

Salam mahabbah buat sahabat2 yg dikasihi, syukur ke hadrat illahi atas kurniaan nikmat iman dan islam yg diberi dan selawat junjungan buat kekasih Allah,nabi Muhammad S.A.W...sudah lame ana tidak menjenguk blog berikutan jadual xm yg terlalu padat dan alhamdulillah i did accomplished my exam week with a full of hope and tawakkal tu ala Allah.insyallah......

sahabat yg dikasihi,

Dalam kehidupan seharian kita ,pernah x kita luangkan masa dan mengingati nabi junjungan,Kekasih Allah, nabi yang sgt dikagumi para malaikat dan seluruh isi alam sama ada di langit mahupun di muka bumi...NABI MUHAMMAD S.A.W???

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.


dan Sesungguhnya beruntunglah buat insan yg sentiasa mengingatinya........

Sabda RasuluLlah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”.

[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]


Masyallah, betapa beruntungnya buat insan yg sentiasa mengingati nabi junjungan mulia dan menjadikan nabi sebagai role model yg terbaik sebagai pemimpin,ketua ummat,suami yg soleh,bapa yg penyayang dan sahabat yg sanggup berkorban untuk segalanya..subhanallah..hebat sungguh peribadimu ya rasulullah..


Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
Betapa penyabarnya dirimu ya Rasulullah sanggup menahan lapar dan dahaga ..tanpa rasa sedikit kekesalan pun terhadap isterinya..Buat kaum adam,sesungguhnya dirimu d'uji dalam pencarian nafkah demi untuk mencari rezeki buat para isteri dan anak2..jika berlaku demikian bersabarlah dan pasti Allah akan beri rezeki yg terbaik untuk diri dan keluargamu..

Baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu? "Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anak2mu?


Wahai kaum adam, jagalah kaum hawa sebaik2nya..kerna sudah ditakdirkan hawa itu bersifat lemah dan memerlukan sokonganmu dlm kehidupannya..contohilah baginda Rasulullah yg sentiasa berlaku taat dan adil pada isterinya..buat kaum hawa juga bear in mind taatilah suamimu selagi mne dia tidak melanggar syariat yg ditetapkan sang Khaliq..(ps; syurga itu di bawah telapak kaki zauj ;p)

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

Ya Allah sungguh pekertinya peribadimu Rasulullah, walaupun dirimu mulia,namun dirimu tetap tidak lupa pada insan2 yg berada di bawahmu..kadangkala kita sering alpa dengan nikmat kurniaan kesihatan,sempurna anggota, harta dan kesenangan hidup yg diberi..dan kita hanya beringat pabila nikmat itu ditarik kembali...nauzubillah min zalikh...(kagum dengan insan yg kurang sempurna tapi masih bersungguh2 untuk menuntut ilmu dan sanggup berkerusi roda untuk berjemaah di surau..bagaimana pula dengan kita yg sempurna anggota badan??....)

Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Sabar, hormati org lain, pemaaf...sungguh mulianya peribadimu ya Rasulullah..segala tiap amal yg dirimu lakukan pastinya "perbuatan" itu penuh berhikmah..setiap amalmu adalah bersumberkan sifat2 mahmudah..walaupun org berniat jahat pada kita, layanlah mereka dengan sebaiknya dan penuh berhikmah..jika kita melayan dengan baik,insyallah sudah pasti org lain juga akan buat kebaikan pada kita..(ps: kalau ada perasaan marah dalam diri pada org lain,ingtlah peribadi Rasulullah..sentiasa bersifat terbuka untuk memaafkan org lain..=))

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."







"Ya Allah,kurniakanlah daku dengan sifat2 mahmudah,hiasilah peribadiku dengan contoh2 sifat kekasiMu ya Rasulullah..Sesungguhnya diriku hanyalah seorang hamba yg sentiasa melakukan khilaf dan mengharapkan keampunan dariMu Ya Allah"

~Rinduku padamu Ya Rasulullah~16/1/12
~asrar qalbi~

1 ulasan:

  1. to love Rasulullah s.a.w is to practise his sunnah and habituate solawat everywhere and all the time. kalau kite betol2 mnghayati sirah perjuangan Baginda, pasti kte akan cintakan Rasulullah more than our own parents, Baginda berjuang sehabis mgkn shgga kite merasa nikmat Islam dan Iman skrg.

    BalasPadam